Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 22, 2021 @ 7:37pm

Jom Semak Perkara Yang Anda Kena Ambil Tahu Mengenai Bayaran Balik PTPTN, Check It Out!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah satu nama yang asing lagi dalam kalangan pelajar dan graduan. PTPTN menjadi sebab ramai antara kita dapat menamatkan pelajaran tanpa perlu memikirkan peningnya nak bayar yuran dulu kan?

Haa.. tapi dah habis belajar tu anda jangan pula buat-buat lupa nak bayar semula hutang PTPTN tau. Ia bagi menjamin masa depan pendidikan generasi akan datang!

Ini tiga perkara yang perlu anda tahu tentang bayaran balik pinjaman PTPTN.

Saluran pembayaran balik pinjaman

Pembayaran boleh dibuat melalui mana-mana kaunter pembayaran PTPTN, pembayaran secara dalam talian (online), melalui potongan gaji ataupun debit terus dan juga pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Info lanjut layari https://www.ptptn.gov.my/kaunter-side

Tindakan Mesra PTPTN Bantu Peminjam

Untuk makluman anda, PTPTN sentiasa berusaha membantu peminjam, antaranya ialah PTPTN turut menambah baik sistem peringatan awal kepada peminjam untuk mengurangkan hutang tertunggak dengan pelaksanaan notis yang lebih mesra dan humanising bagi mendekatkan PTPTN dengan peminjam.

Jadi, anda jangan risau, anda boleh berunding untuk membuat penstrukturan semula pinjaman supaya bayaran bulanan dapat dikurangkan mengikut kemampuan.

Ha..ni lagi best, Inisiatif #PTPTNSediaBantu juga telah diperkenalkan bagi memudahkan peminjam berurusan dan menyebar luas pelbagai saluran yang lebih mudah, cepat dan selamat serta membantu peminjam untuk memahami dan menggunakan saluran perhubungan PTPTN yang ada dengan berkesan.

Jadi sebarang persoalan yang membelenggu fikiran anda mengenai bayaran balik pinjaman ni boleh terus berhubung dengan barisan frontliners PTPTN yang sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam membantu menyelesaikan urusan atau menjawab persoalan melalui saluran yang telah disediakan. Mudah, cepat dan selamat kan!

Selain daripada tu, disamping buat bayaran balik, anda juga berpeluang untuk menang hadiah tau. Menarik kan!

PTPTN memperkenalkan pelbagai saluran bayaran baharu untuk membantu peminjam membuat bayaran balik pinjaman dengan pelaksanaan kempen menarik yang memberikan manfaat kepada peminjam seperti kerjasama strategik bersama AnsaraPay, PayHalal dan ShopeePay melalui kempen Click, Pay & Earn is Back!

PTPTN telah melaksanakan pelbagai pendekatan mesra pelanggan untuk membantu dan memudahkan urusan peminjam bagi membuat bayaran balik pinjaman mereka. Melalui pembentangan Bajet 2022, Kerajaan telah bersetuju memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15%

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN! Berdasarkan Bajet 2022 yang diumumkan baru-baru ni, kesemua peminjam layak menikmati diskaun sehingga 15% untuk pembayaran penuh! Yeass!

Inilah masa yang tepat untuk langsaikan hutang PTPTN anda!

Kalau ada duit lebih apa kata anda langsaikan terus pinjaman PTPTN anda, sebab dengan potongan diskaun sebanyak 15% tu memang banyak boleh jimat geng!

Nak buat pembayaran sebanyak 50% daripada baki hutang dulu pun tak ada masalah ya. Anda juga layak menerima diskaun sehingga 12% dengan syarat ia harus dibuat dalam sekali bayaran.

Untuk yang lebih selesa dengan pembayaran secara potongan gaji atau debit terus pula, anda akan menikmati 10% diskaun mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan!

Permohonan untuk pembayaran melalui potongan gaji boleh dimohon melalui pautan di SINI, sementara untuk direct debit anda boleh ke SINI.

Bagi pilihan pembayaran penuh pinjaman atau 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran anda perlu mendapatkan pengesahan baki hutang terlebih dahulu melalui portal rasmi PTPTN di SINI atau hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN.

So tunggu apa lagi? Anda kena manfaatkan peluang yang ada ni tau! Bukan selalu boleh merasa diskaun untuk bayaran balik pinjaman PTPTN, bila dah ada ni kenalah guna sebaiknya!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, anda boleh ke portal rasmi PTPTN.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Oct 2022

[VIDEO] Fify Azmi Teruja Pertama Kali Pakai Inai! Netizen Sangkakan Bertunang, Tapi…

Perkongsian video pelakon Fify Azmi teruja apabila pertama kali memakai inai yang dimuat naik di laman sosial mengundang pelbagai reaksi warganet sehingga dipenuhi dengan ucapan tahniah. Memetik laporan Harian Metro, Fify menjelaskan perkongsian tersebut hanya […]

Hiburan Sat, 3 May 2025
Trending Thu, 8 Mar 2018

丧心「巨鼻给皂器」手感超真实

你会把擤出来的鼻涕往身上抹吗?这听起来有点恶心,但几乎人人在小时候都做过的行为,现在又要「卷土重来」进入你的人生了。你洗澡的时候可以轻松把绿鼻涕抹到身上……

Events Fri, 21 Oct 2022

IMAGI Kembali Dengan Single Puteri Kayangan

Nama mereka mungkin tidak segah band-band rock yang sedia ada di negara kita, namun bagi band rock indie, IMAGI, perkara tersebut bukanlah penghalang bagi mereka untuk terus berkarya. Terbaharu, IMAGI tampil dengan single keduanya berjudul […]

Hiburan Sat, 11 Nov 2023
Events Mon, 1 May 2023

Janji Persembahan Bertenaga, Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Penyanyi popular menerusi lagu Travel Is A Friend dan The Show, Lenka bakal menghiburkan peminat di Malaysia malam ini. Konsert yang berlangsung di lokasi muzik popular Zepp, Kuala Lumpur dijangka akan menghiburkan lebih 2,000 peminat […]

Featured Sat, 29 Apr 2023
Hiburan Wed, 13 Aug 2025
Featured Mon, 29 May 2023
error: Content is protected !!