Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 12, 2024 @ 2:49pm

Sebulan Lebih Tak Pergi Gym Lepas Cerai, Idzham Ismail Masih Belum Bersedia Hadap Persoalan Orang – “Aku Tak Okay…”

Pelakon, Idzham Ismail seolah-olah belum bersedia untuk menjawab persoalan orang ramai yang bertanya mengenai konflik perceraiannya bersama bekas isteri, Siti Nur Abilah Shamsudin.

Menerusi platform Threads, Idzham berkata semenjak bercerai dia sudah sebulan tidak menjejakkan kaki ke gym dan menaiki kuda kerana enggan bertemu dengan orang.

“Kena juga hadap persoalan orang, sebab tu la lepas kejadian sebulan lebih dah aku tak pergi ke gym atau horseriding sangat.

“‘Eh makin kurus’, ‘eh dah cerai ke’, ‘eh apa jadi’. Aku nampak okay tapi aku tak okay pun nak hadap soalan-soalan orang. Tak jawab nampak kurang ajar kan. Tapi terpaksa juga hadap, nak teruskan kehidupan,” katanya.

Pada 4 November lalu, Idzham sah bercerai dengan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin yang dikatakan berpunca daripada gagal mengawal kemarahannya sehingga berlaku konflik berpanjangan antara mereka.

Sekadar info, Idzham dan Abilah berkahwin pada Ogos 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Berubah Selepas Kerja Sebagai Pramugari, Gagal Kawal Kemarahan Antara Punca Idzham Ismail Lafaz Cerai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Events Fri, 14 Dec 2018

马台共制《爱玩客-分开旅行》阿哲生吃活虫!

马台共同制作《爱玩客-分开旅行》旅游行脚节目!大马艺人陈泽耀生吃活虫「先咬了头,之后……」

Trending Fri, 5 Mar 2021
Selebriti Thu, 23 May 2024
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Thu, 12 Jun 2025
Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Hobi Pickleball Buka Peluang Arfie Shah Beraksi Bersama Anna Jobling

Menurut Arfie Shah, minatnya terhadap sukan berkenaan secara tidak langsung membuka peluang untuk bergandingan dengan Anna Jobling.

Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Comelnya! Ayra Aneesah Nama Anak Ummi Nazeera

Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin melahirkan bayi perempuan itu di Hospital Serdang pada jam 11.37 malam menerusi pembedahan ketika kandungannya mencecah usia 34 minggu.

error: Content is protected !!