Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 5, 2021 @ 4:00pm

Kononnya Dah Bertunang, Nabila Akhirnya Jawab Isu Jalin ‘Cinta’ Dengan Engku Emran

Noor Nabila yang juga kakak kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa akhirnya tampil menjawab isu kontroversi kononnya beliau telahpun bertunang bersama ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

 

Memetik laporan Berita Harian, Nabila masih belum ada sebarang komen mengenai isu tersebut.

 

“Saya belum ada apa-apa nak komen sekarang” katanya.

 

Spekulasi mula diperkatakan apabila Engku Emran dilihat hadir di kediaman Noor Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi dan ahli keluarga yang lain.

 

 

Malah, pasangan ini juga dikatakan mula intim apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal melalui muat naik gambar di laman sosial masing-masing.

 

Menerusi pemerhatian Xtra di laman akaun instagram Noornabila, hanya beliau sahaja yang menjadi pengikut Engku Emran sebaliknya Engku Emran tidak mengikuti Noor Nabila di platform media sosial tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

 

Terdahulu, Noor Nabila mengambil keputusan untuk bercerai dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, pada Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dengan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

 

Manakala, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya. Namun, Julai tahun lalu Engku Emran sekali lagi menamatkan perkahwinan keduanya bersama Laudya Cinthia Bella selepas dua tahun mendirikan rumahtangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Dec 2022

Comel! Joget Di TikTok, Azhar Sulaiman Ikut Jejak Leona – “Lawan Pak Cik, Jangan Tak Lawan”

Pelakon Azhar Sulaiman baru sahaja kehilangan tawaran untuk mengendalikan program pengembaraan. @azharbsulaimanHari Ku Bermula Dengan Bad News. Lost the Travel Show Job in the Morning Tapi Belah Petang Dapat Job Bersiri for TV3. Rezeki Anak2 […]

Trending Wed, 18 Jul 2018

Black Hanifah Dan Isteri Panik, Bayi Dalam Kandungan Tidak Bertindak Balas Selepas Makan Durian

Gara-gara terlebih makan durian bayi dalam kandungan isteri Black Hanifah tidak menunjukkan tindak balas seperti biasa.

Trending Wed, 23 Oct 2019
Featured Sun, 5 Feb 2023

Ummi Nazeera Pesan Jangan Ada Cinta Lokasi – “Ia Menganggu Orang Lain Kalau…”

Kalau pandai control perasaan, go ahead – Ummi Nazeera

Featured Wed, 3 Jun 2026
Trending Fri, 24 Jul 2020
Featured Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] “Tak Kisah Menantu Tak Pandai Masak, Bangun Lambat.. Asalkan Perlu Berpendidikan & Jadi Usahawan…” – Bonda Rozita Ibrahim

‘Jadi perempuan, cerai mati atau hidup, lelaki sayang atau tak.. kita perlu ada standard’ – Bonda Rozita

Featured Wed, 1 Apr 2020
error: Content is protected !!