Lima minggu bersiaran dan fenomena Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) terus memecah rekod! Angka-angka membuktikan CSOIAM adalah raja dunia hiburan di kaca televisyen Malaysia!
CSOIAM bukan sekadar program realiti, ia fenomena yang menggegarkan industri hiburan tempatan. Lima minggu penuh aksi, pentas CSOIAM menjadi medan pertempuran hebat bakat, diiringi sorakan penonton dan bualan hangat di semua platform media sosial!
Dari persembahan luar biasa ke artis-artis jemputan kegemaran, kehadiran nama-nama besar juri jemputan, membuatkan semua tak senang duduk, menjadi buah mulut semua dan mendominasi skrin! Tak syak lagi, CSOIAM bukan sekadar rancangan, tapi satu fenomena yang mencipta trend baru dalam hiburan tempatan!

5 Minggu Meledak, Trending Terus di Platform X!
Selama lima minggu berturut-turut, kuasa CSOIAM telah mendominasi carta trending di platform X, membuktikan daya tarikannya yang luar biasa. Setiap minggu, peminat membanjiri platform ini dengan hashtag, reaksi, dan perbincangan, dengan puncak trending mencapai #1 di Malaysia, mencatatkan lebih daripada lima ribu sebutan pada waktu siaran setiap minggu! Kehebatan ini terus melonjakkan CSOIAM ke tangga pertama, mencetuskan perbincangan tanpa henti, menjadikan CSOIAM program yang wajib ditonton! Fenomena ini nyata, dan ia tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda!

Fenomena Digital!
CSOIAM bukan sahaja di kaca televisyen anda, malah ia turut menguasai media sosial anda. Dengan jumlah jangkauan media sosial sepanjang lima minggu mencapai 10.6 billion, interaksi merentasi platform TV3Malaysia dan CalpisSodaOIAM telah mencetuskan perbualan di seluruh negara, menandakan betapa besar dan luasnya capaian kandungan CSOIAM di platform-platform utama.
Angka ini menggambarkan pengaruh luar biasa yang dimiliki oleh program ini, dengan jutaan individu terdedah kepada setiap perkembangan, perbincangan, dan sorotan sepanjang minggu. Capaian yang menakjubkan ini juga mencerminkan kesungguhan peminat yang terus memberikan sokongan penuh kepada program ini.
Dengan angka jangkauan yang begitu tinggi, CSOIAM telah berjaya memecahkan batasan, menjadikannya lebih daripada sekadar program televisyen, ia telah menjadi fenomena yang mendominasi perbualan dalam talian.
Video sorotan mingguan di Instagram dan TikTok juga menjadi viral, dengan peminat teruja membincangkan setiap persembahan dan kejutan yang tidak dijangka. Kehadiran artis jemputan ternama seperti Suki Low, Ayu Damit, Tomok, KRU, Dayang Nurfaizah, Ruffedge, Mimifly, Akim & The Majistret, Naim Daniel dan juri jemputan yang berprestij seperti Yuna, Ernie Zakri, Hael Husaini, Datuk Francissca Peter menjadikan program ini lebih eksklusif dan berprestij, sekaligus menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Dengan #CalpisSodaOIAM, #OIAM, dan #TV3Malaysia, program ini telah mencatatkan impresi yang luar biasa di semua platform, disertai dengan penglibatan yang amat menggalakkan.
Dominasi ‘Rating’
Laporan AC Nielsen terkini mengesahkan kehebatan CSOIAM sebagai gergasi rating. Dengan jumlah keseluruhan tontonan luar biasa sepanjang lima minggu iaitu sebanyak 8.5 juta capaian penonton dan 18.88 juta jumlah jangkauan unik penonton, termasuk melalui penstriman di Tonton, CSOIAM telah mengatasi pesaing-pesaingnya. Inilah dia penguasaan hiburan yang sebenar, mengukuhkan kedudukan CSOIAM sebagai program hiburan nombor satu rakyat Malaysia.
Persembahan Mingguan yang ‘Memukau’
Minggu demi minggu, CSOIAM terus mencetuskan fenomena dengan aksi luar biasa para peserta yang menggoncang emosi penonton dan juri pada setiap minggu! Minggu demi minggu, Siapa yang boleh lupa dengan suara unik dan persembahan Zazzleen di episod pertama yang menguasai pentas dengan lagunya “I’m Outta Love’’, manakala di episod kedua, Kai Deva memukau dengan ton suara yang sangat unik sehingga mendapat komen yang melambung apabila berduet bersama Datuk Nash.
Manakala Jimi menyengat dengan vokal bertenaga ketika membawakan lagu “Nafas Cinta” bersama Aina Abdul di minggu ketiga. Kehebatan Jimi semakin terserlah di episod keempat sebelum beliau menggegarkan pentas di episod kelima bersama Misha Omar menerusi “Terima Aku Seadanya” sehingga berjaya memikat hati juri dan dilabelkan sebagai bintang masa depan. Marygrace pula menguasai pentas dengan “Irama”, meraih standing ovation daripada Shiha Zikir. Setiap minggu, CSOIAM membuktikan bahawa ini adalah pentas sebenar bintang!
Episod pertama: Zazzleen menerusi lagunya, “I’m Outta Love”.
Komen Juri, Dato Yusry: “Awak ni boleh jadi dark horse tau, tone awak sangat unik. You are a complete performer!”
Episod kedua: Kai Deva “Pada Syurga Di Wajahmu” berduet dengan Datuk Nash.
Komen Juri, Ziana Zain: “Daripada minggu pertama sehingga minggu kedua, you tidak menghampakan saya. Suara you very bright, your husky voice is natural, you deliver dengan bagus sekali and emotion you sampai ke I. I do hope you akan ada lagi next week!”
Episod ketiga: Jimi “Nafas Cinta” berduet dengan Aina Abdul.
Komen Juri, Dato Yusry & Cakra Khan: “Awak punya tone A, awak punya projection A, sebutan awak clear, You have a voice of a superstar! Your voice and Aina blended very well, jadi bagi saya kamu bisa lebih baik lagi, you did very well tonight”
Episod keempat: Jimi “Senggol-senggolan & Drama King”.
Komen Juri, Cakra Khan: “Luar biasa! Kamu memang memberikan nyanyian itu sangat perfect malam ini, bila you perform aura Jimi itu sampai ke semua orang.”
Episod kelima: Jimi berduet dengan Misha Omar menerusi lagunya “Terima Aku Seadanya”
Komen Juri, Dato Yusry : “Whether you menang or not, saya rasa AJL tahun depan awak akan berada di sana. Malam ini awak memang hebat.”
Episod kelima: Marygrace dengan lagunya “Irama” telah mendapat standing ovation daripada penyanyi asal, Shiha Zikir.
Komen Juri, Dato Yusry : “Persembahan awak malam ini adalah yang terbaik, because nak menyanyi sambil menari is quite tricky, breathing and tempo yang perfect for tonight”
Bintang-Bintang Hebat Hiasi Pentas, Program Semakin Bersinar!
Setiap episod CSOIAM dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis ternama, menjadikan pembukaan dan penutup setiap minggu begitu epik dan penuh kejutan. Bermula dengan episod pertama yang menyaksikan bekas juara-juara OIAM, ikon legenda KRU, dan 20 peserta luar biasa, malam pembukaan ini melangkaui jangkaan.
Episod kedua terus memukau dengan kehadiran Dayang Nurfaizah yang kembali ke pentas berprestij ini selepas 15 tahun, menyampaikan dua lagu ikoniknya, Hakikat Cinta dan Lemah.
Minggu ketiga pula mencuri perhatian ramai dengan persembahan pembukaan daripada Ruffedge, duet memukau Aina Abdul, dan penutup penuh emosi oleh Ernie Zakri, menjadikan CSOIAM trending selama tiga minggu berturut-turut.
Tidak ketinggalan, Mimifly tampil bertenaga dengan lagu viralnya, Angkat, membuka episod keempat dengan gemilang. Episod kelima pula menggegarkan pentas dengan karisma Akim & The Majistret, persembahan solid Naim Daniel, serta penutup magis oleh legenda Datuk Francissca Peter yang membawa penonton mengimbau nostalgia AJL. Setiap minggu, CSOIAM membuktikan keunggulannya sebagai pentas muzik paling berprestij!
Inspirasi dan Semangat!
Di sebalik kehebatan di pentas, CSOIAM menampilkan kisah-kisah menyentuh hati dan juga meraikan semangat serta impian finalis untuk mengatasi cabaran peribadi ke pentas besar CSOIAM. Kita telah menyaksikan perjalanan penuh cabaran Kai Deva yang datang dari latar belakang yang serba kekurangan, namun tekadnya untuk berjaya membawa harapan untuk keluarganya mengatasi segala rintangan.
Marygrace pula, yang melalui tragedi pahit kehilangan bapa yang dibunuh, tetap bangkit dengan semangat juang yang luar biasa, membuktikan bahawa tiada apa yang dapat menghentikan impian. Zazzleen, yang juga seorang ibu tunggal, telah melalui kepayahan hidup dalam membesarkan anak-anaknya. Selain itu beliau pernah menghadapi kejadian yang melunturkan semangatnya apabila ditipu oleh syarikat rakaman.
Namun, dengan tekad yang tidak pernah luntur, Zazzleen bangkit dan membuktikan bahawa semangat seorang ibu yang berjuang demi anak-anaknya adalah sesuatu yang luar biasa. Kisah-kisah seperti ini bukan hanya memberi inspirasi, tetapi juga memperlihatkan semangat setia kawan dan sokongan yang kuat antara peserta.
Mereka saling menyokong dalam perjalanan mereka, menjadi keluarga kedua dalam usaha mengejar impian mereka. Inilah yang menjadikan CSOIAM lebih daripada sekadar program realiti; ia adalah sebuah perayaan bakat, semangat juang, dan semangat Malaysia, di mana muzik benar-benar menyatukan kita.
Apakah Seterusnya? Top 6 Siap Berentap, Siapa Akan Menjadi Juara?
Dengan lima minggu pencapaian luar biasa yang telah dicatatkan, perjalanan ini masih jauh dari tamat. Ketika kita melangkah ke fasa seterusnya pertandingan, nantikan lebih banyak persembahan hebat, kejutan yang tidak disangka, dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan.

Dengan tema “Saling Menyengat, Fizz Sangat!” minggu hadapan, menariknya, setiap peserta akan berduet dengan penyanyi terkenal seperti Marsha Milan, Shiha Zikir, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Aisha Retno, dan Amir Masdi.
Persoalannya, siapakah yang akan berduet dengan siapa? Nantikan pengumuman ini pastinya di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan ikuti perkembangan terkini tentang kesemua peserta Top 6 CSOIAM!
Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!
Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.








