Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin March 18, 2026 @ 5:41am

Tular Di Threads Sehingga Undang Kecaman Warganet, Pengasas Gula Cakery Nafi Tuduhan Halang Pekerja Tunai Solat Jumaat

Susulan isu tular di media sosial terutamanya platform Threads, pengasas Gula Cakery dan pempengaruh, Arieni Adriena tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa syarikatnya menghalang pekerja menunaikan solat Jumaat.

Pemilik nama sebenar Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal itu menegaskan tuduhan tersebut tidak benar dan menyifatkannya sebagai fitnah yang memberi kesan besar kepada reputasi perniagaan yang diusahakan.

“Saya ingin jelaskan bahawa pihak kami tidak pernah menghalang pekerja menunaikan solat Jumaat. Tidak pernah ada arahan sama ada secara lisan atau bertulis yang melarang perkara tersebut,” katanya.

Menurutnya, kekeliruan timbul apabila tindakan disiplin terhadap seorang bekas pekerja telah disalah faham dan dikaitkan dengan isu ibadah.

Jelas Arieni, individu tersebut yang masih dalam tempoh percubaan tidak hadir bekerja selama tiga hari tanpa sebarang makluman sebelum kes itu dibawa ke Jabatan Tenaga Kerja.

“Dalam sesi mediasi, individu itu sendiri mengakui tidak hadir bekerja tanpa notis, dan perkara tersebut merupakan pelanggaran kontrak di bawah Akta Kerja.

“Tindakan yang diambil di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) adalah mengikut prosedur biasa dan berkaitan disiplin kerja, bukan berkaitan ibadah seperti yang didakwa,” katanya.

View on Threads

Dalam keputusan tersebut, bekas pekerja berkenaan diarahkan membayar sebanyak RM2,000 sebagai ganti notis.

Mengulas lanjut, Arieni menyifatkan dakwaan kononnya syarikat melarang solat sebagai perkara serius yang menyinggung perasaan pihak pengurusan.

Sebagai sebuah perniagaan milik Muslim, Arieni menegaskan bahawa aspek keberkatan sentiasa menjadi keutamaan dalam operasi syarikat.

“Sekiranya ada kekangan operasi, kami akan menggunakan sistem giliran supaya semua pekerja tetap dapat menunaikan solat. Tuduhan ini memang tidak tepat,” katanya.

Selain itu, Arieni turut menjawab beberapa dakwaan lain yang tular berkaitan kebajikan pekerja termasuk isu kebersihan, caruman SOCSO serta pengurusan pekerja asing.

Katanya, semua aspek tersebut mematuhi peraturan dan dokumen berkaitan telah disediakan bagi sesi perbicaraan seterusnya yang dijadualkan pada 28 April 2026.

Dalam masa yang sama, Arieni turut mendedahkan terdapat ugutan untuk melaporkan syarikat kepada pihak berkuasa seperti SPRM dan Imigresen sebagai tekanan agar kes di Jabatan Tenaga Kerja ditarik balik.

“Kami tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk tekanan atau ugutan,” katanya.

Bagaimanapun, Arieni memilih pendekatan lebih berhemah dengan menarik semula tuntutan bayaran RM2,000 terhadap bekas pekerja tersebut.

“Dalam bulan Ramadan ini, kami mengambil keputusan untuk berlapang dada dan tidak meneruskan tuntutan itu,” katanya.

Pada masa sama, Arieni turut memohon maaf sekiranya terdapat kenyataan sebelum ini yang menimbulkan salah faham, selain menegaskan komitmen untuk terus memperbaiki kelemahan dalam syarikat.

Mengakhiri kenyataan, Arieni berharap penjelasan yang diberikan dapat menghentikan spekulasi dan memberikan gambaran sebenar kepada orang ramai.

“Kami hanya ingin terus menjalankan perniagaan dengan tenang dan mencari rezeki yang diberkati,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Jun 2025

“Bukan Dari Saya…” – Hael Husaini Nafi Sudah Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah

Hael Husiani mohon peminat doakan yang terbaik dengan Dayang Nurfaizah

Hiburan Tue, 6 Jun 2023

Didakwa Bergaduh Dengan Qistina Raisah, Ini Respons Puteri Balqis – “Tak Sebut Nama Sesiapa, Kenapa Perlu Play Victim?”

Saya bukan nak burukkan, tapi takkan semua benda saya kena, saya kena diam. Saya perlu juga lantang bersuara – Puteri Balqis

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Wed, 24 Aug 2022
Trending Thu, 27 Jan 2022

“Hati-Hati Bila Berkata… Jaga Anak Anak Sendiri Dahulu” – Ernie Zakri Buka Mulut, Beri Respons Terhadap Isu DSV & Anuar Zain?

“Hati hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan-bukan. Jaga anak-anak sendiri dahulu.” Itu merupakan ciapan penyanyi Ernie Zakri di laman sosial Twitter miliknya yang dimuat naik pada Rabu. Biarpun tidak menyebut sebarang […]

error: Content is protected !!