Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 6, 2023 @ 11:52am

Didakwa Bergaduh Dengan Qistina Raisah, Ini Respons Puteri Balqis – “Tak Sebut Nama Sesiapa, Kenapa Perlu Play Victim?”

Pelakon remaja popular, Puteri Balqis tampil memberi respons selepas didakwa mempunyai pertelingkahan bersama aktres sensasi, Qistina Raisah.

Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish berkata dia tidak menyebut nama mana-mana pihak atau selebriti dalam statusnya baru-baru ini yang didakwa menuju kepada Qistina.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tayang Jub*r Hari-Hari, Berlakon Satu Award Tak Dapat!” – Puteri Balqis Tempelak Aktres Muda Wanita Umur 14 Tahun?

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut Disindir Puteri Balqis, Ini Respons Qistina Raisah – “Tolong Cerita Perkara Sebenar Secara Terbuka…”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Disindir Puteri Balqis, Qistina Raisah Menangis, Maklum Dah 4 Hari Tak Buka Media Sosial – “Saya Tak Nak Hati Saya Busuk”

Jelas Aqish lagi, dia tidak mengetahui mengapa selebriti tersebut perlu membuatkan dirinya seperti mangsa keadaan.

“Saya tak suka orang yang play victim. Setahu saya, saya tak ada sebut nama mana-mana selebriti jadi saya tak faham kenapa perlu bercakap lebih. Saya tak suka cakap banyak, saya cakap sekali je.

“Saya tak rasa dia saja aktres 14 tahun di Malaysia. Saya tak tahu kenapa nama saya disebut-sebut sedangkan saya tak sebut sesiapa. Saya tak tahu kenapa perlu play victim,” katanya.

Ketika disoal mengenai status tersebut, Aqish bagaimanapun enggan memberi sebarang respons terhadap tujuan sebenar dan hanya memberi senyuman.

Sementara itu, Aqish berkata dia tiada masalah untuk bekerjasama bersama Qistina sekiranya diberi peluang.

“Kalau karakter tu ok, saya tak ada masalah untuk berlakon dengan dia (Qistina),” ujarnya.

Dalam pada itu, Aqish menafikan dirinya sengaja memburukkan rakan-rakan selebriti lain.

“Saya bukan memburukkan. Apa yang mereka burukkan, diorang ada atittude untuk nampak baik. Setiap kali tak ada apa apa buruk pasal diorang yang viral.

“Saya bukan nak burukkan diorang, tapi takkan semua benda saya kena, saya kena diam. Saya memang pendiam, tapi saya perlu juga lantang bersuara.

“Saya bukan jenis yang hari ni bergaduh, besok up status. Kadang-kadang makan tahun untuk benda tu berulang untuk saya bercakap.

“Jadi saya rasa kalau orang tak mention nama saya pun, walaupun saya tahu orang itu cakap 100% pasal saya.. Saya tak akan bersuara melainkan kalau dah melampaui batas,” katanya ketika ditemui di Karnival Jom Heboh di Stadium Shah Alam, Selangor, Jumaat lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Oct 2019
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Afgan Sertai 99 Penyanyi Indonesia Untuk Konsert Amal Bantu Mangsa Palu

Meskipun sibuk dengan jadual padat, Afgan tidak lupa tanggungjawabnya sebagai penghibur terkenal bagi membantu mangsa tsunami di Palu, Sulawesi.

Featured Mon, 20 Dec 2021

“Wedding Of The Year” – Batal Majlis Resepsi Kahwin, Pengantin Beri Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir

Majlis resepsi perkahwinan Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, dan Nur Asyiqin Md Hamdan, 25, sepatutnya berlangsung pada 19 Disember terpaksa dibatalkan kerana bencana banjir. Namun, pasangan ini menukarkan kejadian buruk itu kepada sebuah memori yang […]

Featured Wed, 21 Sep 2022

Susulan Isu Saman, Caprice Nekad Bagi Kereta Kepada Follower Secara Percuma

Kenapa pulak ni tiba-tiba Cap nak bagi kereta free?

Hiburan Sun, 16 Feb 2025

Ernie Zakri Terkejut Dituduh Sukar Menerima Teguran, Mohon Maaf Jika Ada Yang Tersinggung

Ernie Zakri mohon maaf, akui khilaf sebagai manusia biasa

Hiburan Wed, 11 Apr 2018
Featured Sat, 22 Nov 2025

Fauziah Sarman Kembali Bergelar Isteri, Shila Amzah Mohon Doa Buat Keluarga

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman akhirnya selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya yang dikenali sebagai Zainal.

error: Content is protected !!