Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 10, 2021 @ 7:50pm

Mencari Erti Cinta Abadi, Tak Mahu Dikongkong… Sissy Imann Kini Tampil Bebas!

Sissy Imann kini tampil ‘Bebas’! Itulah tajuk lagu terbaharu beliau yang kini telah pun berada di pasaran sejak 11 Jun 2021 yang lalu.

Lagu Bebas ciptaan trio Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King ini telah mendapat lebih 65,000 tontonan menerusi Youtube MonkeyBone.

Lagu Bebas ini mengisahkan tentang seorang wanita yang inginkan kebebasan dalam mencari erti sebenar kehidupan, dan tidak mahu dikongkong terutamanya dalam mencari erti cinta abadi.

Itulah yang ingin disampaikan oleh penyanyi versatil, Sissy Imann menerusi lagu Bebas ini. Bebas juga akan menjadi lagu soundtrack untuk drama “Perisik Cinta Tak Diundang” yang dilakonkan oleh Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Wani Kayrie dan ramai lagi. Drama yang dijangka menjadi hit ini bakal menemui penonton setia TV3 tidak lama lagi.

“Ini merupakan single pertama Sissy bagi tahun 2021 dan kali pertama juga Sissy bekerjasama dengan tiga komposer terkenal tanah air iaitu Mas Dewangga, Jova Benito dan Aden King.

“Lagu yang dibawakan kali ini amat berbeza daripada lagu-lagu sebelum ini. Lebih teruja apabila lagu ini akan menjadi lagu soundtrack untuk drama di TV3. Tentunya Sissy rasa seronok dan teruja,” jelas Sissy Imann.

Lagu Bebas pastinya mendapat sambutan ramai apatah lagi dengan sokongan daripada pengikut Instagram Sissy Imann yang mencapai lebih 233,000 pengikut.

Pengalaman Sissy Imann dalam bidang nyanyian juga tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi beliau turut berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, bes dan biola.

Selain karier sebagai penyanyi, beliau juga merupakan seorang pemuzik dan pengacara televisyen. Nama beliau mula melonjak naik menerusi lagu Mungkin Kamu apabila video muzik ini mencecah sehingga 750,000 tontonan Youtube.

Sepanjang kariernya bergelar penghibur, penyanyi “beauty with brain” ini juga pernah muncul dengan single antaranya Pesanan Ayahanda, Sudahlah (Meow), Entah Apa Rasa Bisa Mencinta.

Single Bebas edaran Alternate Records (MonkeyBone) kini boleh didapati di Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music dan iTunes serta lirik muzik video Bebas kini sudah boleh di tonton di laman YouTube MonkeyBone.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Mar 2021

Rakyat Disarankan Bantu Industri Pelancongan Domestik

Ayuh majukan industri pelancongan!

Featured Thu, 22 Sep 2022
Featured Thu, 11 Jun 2026

“Tak Pernah Terdetik Berkawan Dengan Cik B Sebab Harta”- Viviana Terharu Terima Hadiah Istimewa Sempena Ulang Tahun

Tindakan Cik B memberikan kejutan kepada rakan baiknya, Viviana sempena sambutan ulang tahun kelahirannya menyorot perhatian ramai.

Trending Wed, 23 Jun 2021

Luqman Hakim ‘Luqie’ Pamer Aksi Cemerlang Menentang KRC Harelbeke

Min suka anak muda ada visi dan misi ni!✌

Featured Thu, 30 Jun 2022

[VIDEO] Pembantu Pulang Ke Kampung Halaman, Eina Azman Sedih! – “Saya Macam Lost Kejap”

Alahai min pun sebak tengok video tu 😥 Bukan senang nak dapat majikan dan pekerja baik macam tu kan?

error: Content is protected !!