Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd June 6, 2021 @ 7:22pm

SPM 2021 Ditunda Pada Mac Tahun Depan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk melaksanakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada Mac tahun depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pengalaman menguruskan SPM 2021 membolehkan kementerian menganjakkan peperiksaan itu.

“Ujian lisan dan amali sains akan bermula Februari 2022, manakala ujian bertulis pada bulan Mac,” katanya dalam sidang akhbar khas, sebentar tadi .

“Kementerian membuat keputusan ini selepas mengambil kira keadaan semasa dan cabaran perlu dilalui calon SPM 2021.

“Pengalaman kita dalam menguruskan SPM 2020 membolehkan kita menganjakkan tempoh atau tarikh pelaksanaan SPM 2021 ke tahun depan.

“Kita yakin segala prosesnya dapat berjalan lancar sama seperti kita berjaya melaksanakan SPM 2020,” katanya dalam sidang akhbar maya, hari ini.

Menjawab dakwaan Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) kononnya kementerian gagal menguruskan SPM 2020, Radzi berkata, sebenarnya peperiksaan pada tahun lalu bukan saja yang paling mencabar, bahkan yang paling banyak dibuat penambahbaikan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Sat, 31 May 2025
Trending Wed, 19 May 2021

“Rasa Nak Pengsan, Macam Nak Gugur Jantung” – Puteri Sarah Positif Covid-19

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 36, mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas membuat Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di Shah Alam, semalam. Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ini berkata, dia bertindak melakukan ujian terbabit selepas hilang […]

Featured Thu, 28 Oct 2021

Anak Bongsu Mamat Khalid Berduka Tak Sempat Tatap Wajah Ayah

Anak bongsu Allahyarham Mamat Khalid, Ann Khalid merupakan satu-satunya ahli keluarga yang tidak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Memetik laporan Harian Metro, isteri Allahyarham, Hasmah Hassan berkata, anak bongsunya yang mesra disapa Baby […]

Trending Thu, 23 Jan 2020

Lelaki Di Bawah Pengaruh Dadah Langgar Empat Kenderaan Direman

Seorang lelaki di bawah pengaruh dadah yang membuat kekacauan di sebuah kedai dan melanggar empat kenderaan termasuk sebuah motosikal semalam, ditahan reman selama empat hari bermula 20 Januari, bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Port Dickson […]

Hiburan Thu, 4 Jul 2024
Featured Wed, 18 Jan 2023
Featured Mon, 9 Mar 2020

Kira kalori minimum untuk turunkan berat badan

Hasilnya pasti mengujakan, jom buat!

error: Content is protected !!