Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 19, 2023 @ 1:09pm

Excited Shopping Barang Baby Bersama, Gelagat Remy Ishak Layan Kerenah Isteri Promote Bag Raih Pujian

Menghitung hari untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi, isteri pelakon Remy Ishak, Ezza Yusof tampil berkongsi momen ketika membeli barang keperluan bayi bersama.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Ezza menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Malah, Ezza turut meluahkan rasa terujanya untuk mencari barang kelengkapan bilik untuk cahaya mata pertama mereka nanti.

“Semalam day off Remy, kita orang jalan-jalan cari barang untuk bilik si kecil tu lagi . Tak sabar nak siapkan bilik untuk si tecikk (kecil),” tulisnya.

Lebih mencuit hati, Ezza sempat mempamerkan bag terbaharu keluaran jenama yang dikendalinya, 2morrow yang diperagakan oleh Remy.

Tenang melayan kerenah isterinya, Remy sempat memberikan respons spontan dan membuat beberapa ‘pose’ setiap kali Ezza merakam videonya bersama bag tersebut.

“Sayang rambut saya macam orang sakai. Kau sebenarnya nak tunjuk bag kau kan, bukan nak ambil video aku,” kata Remy.

Melihat kemesraan pasangan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya menerusi ruangan komen.

Malah, ada juga yang memuji sikap Remy yang sering membantu perniagaan yang diusahakan isterinya.

@roseezza Semalam day off Remy, kitaorg jalan jalan cari barang untuk bilik si kecik tu lagi . Tak sabar nak siapkan bilik untuk si tecikk #remyishakjr . Dah Pre order belum Crossbody bag RAMI Men’s Collection? Macam mana nak order , follow @2Morrow #remyishak #2morrowmens #2morrowmy ♬ One of a Kind (Cover G-DRAGON (权志龙)) – 田浩宇

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Fri, 11 Jan 2019
Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Seronok Tengok Cara Amelia Christie Layan Jebat Jayden, Netizen Berseloroh: “Calon Mak Tiri Direstui”

Kekasih kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya melayan kerenah anak aktor itu, Jebat Jayden. Menerusi video yang tular di TikTok, Amelia kelihatan sangat lembut dan […]

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Bukan Tak Nak ‘Show Off’ Tapi Takut DiKebas Orang

Memang sedang dilamun cinta namun sengaja enggan mendedahkannya kepada umum kerana bimbang dirampas wanita lain.

Featured Fri, 24 Mar 2023
Featured Wed, 16 Feb 2022

Gara-Gara Darah Haid Tak Stop 2 Bulan, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Kehamilan

Yelah, siapa pernah kena memang rasa tak selesa sangat

error: Content is protected !!