Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 26, 2021 @ 3:30pm

Fasih Berbahasa Korea, Gadis Viral Di TikTok Akui Hanya ‘Berguru’ Dengan Google

Semestinya kemahiran berbahasa asing menjadi antara kelebihan buat setiap individu dalam sesuatu komuniti.

Malah, kemudahan yang ada pada masa kini termasuklah penggunaan internet, Youtube, Google dan sebagainya menjadi faktor utama dalam penyebaran medium pendidikan.

Justeru itu, perkongsian seorang gadis yang dikenali sebagai @matchagweentea menerusi akaun TikTok miliknya berjaya mencuri perhatian rata-rata warganet apabila beliau dilihat sering berkomunikasi dalam bahasa Korea bersama rakannya yang berasal dari negara tersebut.

Malah, rata-rata sahabat gadis ini juga dilihat sering memuji sebutan (pronounciation) yang digunakan gadis berasal dari Malaysia ini.

 

Menerusi pemerhatian Xtra dilaman TikTok milik gadis bernama Sarah Sofea ini, beliau ada menjelaskan kemahirannya dalam berbahasa Korea adalah disebabkan pengaruh menonton K-drama dan rancangan hiburan lain disamping menjadikan Google sebagai ‘guru’ nya.

Ini termasuklah, mengambil pendekatan untuk berkawan dengan rakan-rakan yang berasal dari Korea demi memperkasakan penggunaan bahasanya.

“Bestnyaaaa… tengok K-drama tak payah mata turun naik-turun naik sebab baca subtitle!”

Rata-rata warganet terpukau dan memuji kebolehan anak bongsu daripada tiga beradik ini dalam menguasai bahasa tersebut apatah lagi, pengaruh K-drama dan muzik K-pop di Malaysia begitu luar biasa.

Selain itu, jika dilihat kebanyakan video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok beliau, rata-rata video gadis ini ditonton lebih 10,000 kali malah ada yang mencecah sehingga ratusan ribu tontonan. Wow!

@matchagweenteait was a really short and nice conversation 👍🏻♬ original sound – sarah ★彡

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Tue, 17 Jun 2025

[VIDEO] Naim Daniel Hadir Mahkamah Sesyen Putrajaya Curi Perhatian

Naim Daniel amang seksual remaja perempuan 17 tahun

Featured Fri, 2 Sep 2022

“Hanya Lambaian & Flying Kiss..” – Cucu Najib Hadir Mahkamah Sebagai Pengubat Rindu

“Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali,” – Cucu DS Najib Razak

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

DAPHNE IKING KINI BERHIJAB?

Apa yang memeranjatkan ialah menerusi laman instagram beliau, Daphne dilihat memakai jubah lengkap bertudung dan kalau dilihat menerusi ruangan status tersebut Daphne siap mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau

Hiburan Thu, 29 May 2025
Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] “Beauty With Brain.. Perfect Couple!” – Sweetnya! Raysha Rizrose Belajar Bahasa Inggeris Bersama Kekasih Curi Perhatian Netizen

Eh eh, comelll je Raysha dengan Nabil ni ekk 🥰 Saling membantu, macam ni lah bagus in relationship kannn 🤩🤩

Featured Wed, 28 Jul 2021

Pelaksanaan Dos Ketiga Dan Vaksin Campuran Masih Dalam Kajian

Pelaksanaan untuk memberi dos ketiga (booster dose) dan vaksin heterologous (campuran vaksin) masih lagi dalam kajian kumpulan pakar dan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar unntuk […]

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

Dididik Penuh Kasih, Tapi Jadi Pemberontak? Puteri Balqis Bawa Watak Remaja ‘Lari Dari Rumah’ Dalam Anugerah Tanpa Cahaya

Menurut Puteri Balqis, watak Husna sebenarnya menggambarkan seorang remaja yang sedang mencari arah hidupnya.

error: Content is protected !!