Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd July 28, 2021 @ 8:53pm

Pelaksanaan Dos Ketiga Dan Vaksin Campuran Masih Dalam Kajian

Pelaksanaan untuk memberi dos ketiga (booster dose) dan vaksin heterologous (campuran vaksin) masih lagi dalam kajian kumpulan pakar dan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar unntuk vaksin dos ketiga, minggu hadapan pihaknya akan mendengar syor daripada pakar.

“Berkenaan keperluan sama ada kita perlu booster dose atau tidak, perkara ini juga akan dibentangkan, bukan hanya dari sudut keperluan booster dose berdasarkan pengalaman di negara-negara lain.

“Tetapi sama ada kita terima vaksin heterologous, maksudnya diberi vaksin berbeza daripada vaksin asal kita terima. Ada beberapa negara sudah mengamalkan vaksin heterologous seperti Korea Selatan dan Jerman.

Menurutnya lagi perkara itu dilakukan sedemikian kerana terdapat gangguan bekalan vaksin terhadap negara berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan dalam sidang Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 di sini pada Rabu.

Tambah beliau, berkaitan vaksin campuran pula, pihaknya kini sedang menunggu maklumat dan data klinikal sebelum membuat sebarang keputusan.

“Pertama, kita nak pastikan vaksin heterologous itu selamat. Kedua, sama ada mereka yang telah menerima lengkap dua dos satu jenis vaksin, adalah boleh terima booster shot yang ketiga menggunakan vaksin lain,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Sep 2019

Kimono daripada tali pinggang keledar, bukan saja cantik tapi genius!

Gabungan Biji Biji x T Syahmi memang luar biasa!

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Whoah! Akhirnya Janna Nick Buka Mulut Tentang Ucapan Berbayar

Dah lama saya impi untuk memulakan projek ini di mana wang kutipan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Terbaiklah Janna, semoga Allah SWT permudahkan segala usaha kamu dik!

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

詹雪琳首推中文流行音产业书!教你如何用音乐找饭吃

Serene詹雪琳推出全球首本中文流行音乐产业书,教你如何用音乐找饭吃!

Trending Mon, 14 Apr 2025

[VIDEO] Pertarungan Chef vs MakCik Bersama F&N? Jom Tengok Team Mana Yang Dapat Tawan Hati Juri!

Dua pasukan berentap siapa antara mereka akan memenangi cabaran Pertarungan Chef vs MakCik Bersama F&N dalam menyediakan juadah Raya yang mantap! Bersama hos anda Brenda dalam cabaran ini, kita akan saksikan antara dua kumpulan iaitu […]

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

Rambut Ala Tempurung, Aedy Ashraf Kembali Menjadi Sebutan

Alamak, rare juga style macam ni kan?

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Ada Apa Dengan Sufi Rashid?

Lagi sebulan nak nikah, Sufi Rashid dihujani pelbagai dugaan.

error: Content is protected !!