Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 3, 2019 @ 2:00pm

Buka Tudung, Zizi Kirana Dilabel ‘Propa’?

“Saya tahu ramai yang marah dan bertanya kenapa tidak terus bertudung selepas Syawal, tetapi saya tidak mahu hidup berpura-pura.

“Apa yang dilihat di luar dan di media sosial, itu diri saya yang sebenar. Saya tidak perlu hidup dalam kepalsuan hanya kerana mahu meraih perhatian dan pujian,” kata penyanyi yang terkenal dengan imej seksi, Zizi Kirana.

 

Pemilik nama lengkap Nur Fazelah Mad Tahil, 33, itu berkata, meskipun belum bersedia untuk bertudung, dia sentiasa berusaha membentuk diri menjadi insan yang lebih baik.

“Sebelum ini, saya bertudung kerana menghormati bulan Ramadan, selain menyahut cabaran berhijab seperti yang dicetuskan Mizz Nina.

“Tiada siapa yang memaksa saya melakukannya, sebaliknya saya buat atas kerelaan sendiri. Sama seperti orang lain, saya juga mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berharap usaha itu dipermudahkan,” katanya.

Beralih mengenai perkembangan kerjaya, Zizi berkata, dia akan terus memperjuangkan irama hip hop yang sudah sebati dalam dirinya sejak menyertai kumpulan The Fabulous Cats.

“Selepas bergerak solo pada 2015, saya lihat jenama Zizi Kirana semakin kukuh, malah saya sudah boleh berdiri sendiri tanpa dikaitkan dengan kumpulan lama.

“Selagi diterima, saya akan setia membawakan lagu hip hop dan rap. Insya-Allah, awal bulan depan, saya akan tampil dengan sebuah lagi lagu baharu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zizi bergandingan dengan Ifa Raziah dan Bella Astillah merakamkan lagu tema festival Star Vendors, Starlela ciptaan Hafiz Hamidun.

“Saya dan Ifa sudah lama mengenali antara satu sama lain, malah pernah membentuk vokalnya ketika sesi rakaman. Kebetulan kami sama-sama berniaga di festival itu, jadi dia terdetik untuk mengajak saya menyanyi bersama-sama,” katanya.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2024

Ameera Khan Bahagia, Keluarga Sokong Hubungan Dengan Jefri Nichol – “Saya Tak Perlukan Pengesahan Orang Lain”

Tak perlu pengesahan orang lain, Ameera Khan dedah keluarga sokong hubungan dengan Jefri Nichol

Featured Thu, 20 Oct 2022
Events Thu, 26 Dec 2019
Featured Sat, 18 Feb 2023
Featured Fri, 21 Nov 2025

Adam Corrie Kongsi Realiti ‘Pedih’ Bergelar Muallaf, Kekasih Ben Amir Bersuara – “Islam Patutnya Lembut, Bukan Menakutkan”

“Beri ruang, beri masa, beri contoh yang baik. Hidayah milik Allah bukan manusia yang menilai”, demikian respons pelakon Adam Corrie terhadap cabaran awal bergelar muallaf. Katanya, pada fasa awal penghijrahannya dahulu, orang ramai lebih suka […]

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Remy Ishak Akui Penonton Malaysia Suka Filem Santai Bukan ‘Berat’

Remy percaya satu hari nanti filem ‘berat’ bakal diterima di masa hadapan dan penonton melihat cerita tersebut dengan lebih santai.

Hiburan Sun, 23 Jun 2019

Tahniah Ain! Tamatkan Zaman Bujang 13 Disember Ini

Wah, cantiknya Ain dalam persalinan berona pastel ni kan? setuju tak?

error: Content is protected !!