Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 22, 2025 @ 1:02am

“Asyik Cakap Diri Hodoh, Suami Sampai Tegur” – Atikah Suhaime Belajar Puji Diri Sendiri

Pelakon, Atikah Suhaime mendedahkan dia pernah terbiasa merendah-rendahkan diri sendiri tanpa sedar, sampai satu tahap ditegur oleh suaminya sendiri gara-gara terlalu kerap menggelarkan dirinya ‘hodoh’.

Menerusi satu perkongsian di Instagram (IG), Atikah mengakui dia tidak menyangka kata-kata yang dilontarkan terhadap diri sendiri sebenarnya memainkan peranan besar terhadap emosi dan keyakinan.

“Saya perasan saya selalu panggil diri hodoh. Suami pun pernah tanya, ‘kenapa asyik cakap diri sendiri hodoh?’ Dari situ baru saya mula sedar… kata-kata ni boleh beri kesan dalam hidup harian kita,” katanya.

Menurut Atikah, sejak mula belajar memuji dan bercakap positif terhadap diri sendiri, dia mula rasa lebih yakin dan bersemangat untuk bergaya.

“Bila dah puji diri sendiri cantik, automatik rasa nak jaga diri, nak pakai cantik-cantik. Tapi bila hari-hari sebut gemuklah, buruklah… memang benda tu yang akan melekat. Mak kita pun selalu pesan, kata-kata tu doa,” tambahnya.

Dalam masa sama, Atikah turut mengingatkan orang ramai supaya mula belajar sayang dan hargai diri sendiri sebelum terlalu sibuk puji orang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Oct 2019

Leka Main Pokemon Go, Wanita Maut Ditembak

Tak Sedar Terperangkap Dalam Rompakan

Featured Sat, 29 Jun 2024
Featured Fri, 10 Mar 2023

4 Hero Terperangkap, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir Bakal Menyentuh Hati Penonton

Sedih tengok pengorbanan mereka 😢 Jangan lupa saksikan di Majalah 3, isnin depan jam 9 malam

Hiburan Mon, 6 Apr 2026

Kesinambungan Bea Soba Bea, Eda Ezrin & Den Manjo Kembali Dengan Adek Saye Abe Sore

Eda Ezrin dan Den Manjo kembali bergandingan menerusi single terbaharu berjudul Adek Saye Abe Sore.

Trending Fri, 13 Jul 2018

Pengasuh Adam Rayqal Mengaku Tidak Bersalah

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Hiburan Mon, 28 Jul 2025

[VIDEO] Nyanyian Ara Johari Bikin Peminat Gagal Tahan Sebak, Netizen Komen: “Lagu Ni Memang Menusuk Dalam Hati”

Peminat wanita gagal menhaan sebak ketika Ara Johari menyanyikan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain.

error: Content is protected !!