Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 10, 2025 @ 5:42pm

Jefri Nichol Tetap Puas Walau Tewas Dengan El Rumi, Kelibat Ameera Khan Terbang Ke Jakarta Untuk Beri Sokongan Curi Tumpuan

Pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol tetap berlapang dada menerima kekalahannya dalam perlawanan tinju ‘Superstar Knockout’ yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Sabtu.

Dalam aksi sengit menentang Ahmad El Jalaluddin Rumi, anak kepada penyanyi dan komposer terkenal Ahmad Dhani, perlawanan terhenti hanya selepas 38 saat apabila pengadil mendapati bahu Jefri terkehel, sekali gus memutuskan untuk menghentikan pertarungan.

“Saya terima kekalahan saya dan kadang-kadang apa yang kita rancang tidak akan jadi.

“Bahu saya terkehel dan pihak penganjur mengambil keputusan untuk menghentikan perlawanan serta-merta.

“Apa-apa pun, saya gembira kerana dapat kembali ke dalam gelanggang meskipun saya dan El Rumi tidak dapat bertarung lama,” ujar Jefri yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan semangat sepanjang pertandingan.

Meskipun tewas secara knockout (KO), Jefri tetap menganggap ia satu pengalaman berharga, lebih-lebih lagi dengan kehadiran insan tersayang yang berada di sisi.

Antara penyokong terbesarnya pada malam tersebut ialah kekasih hati, selebriti media sosial Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) yang terbang ke Jakarta untuk memberi semangat kepada Jefri.

Ameera tidak hadir sendirian, sebaliknya ditemani keluarganya termasuk ibunya Datin Noor Kartini, kakaknya Noor Nabila, bekas abang iparnya Sharnaaz Ahmad, serta anak saudaranya Jebat Jayden.

Kehadiran mereka nyata mencuri perhatian penonton di arena dan di media sosial dan sokongan padu keluarga Ameera menjadi pembakar semangat buat Jefri, walaupun keputusan perlawanan tidak memihak kepadanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Dec 2024
Featured Thu, 18 Aug 2022
Hiburan Fri, 21 Dec 2018

Love At First Swipe Kisah Cinta Yang Pastinya Dekat Di Hati

Jangan lupa saksikan Love at First Swipe di tonton. Best giler!

Featured Tue, 22 Apr 2025

Bekas Kekasih Ammar Alfian Dedah Bukti Dibelasah -“Berapa Kali Kau C*kik Aku, Sampai Pengsan! Lepastu Tamp*r Aku”

Wanita berkenaan sering menjadi mangsa serangan fizikal dan mental yang dilakukan oleh Ammar

Featured Fri, 27 Apr 2018

Apa Kata Selebriti? Kenapa Wanita Perlu Mengundi

Ikuti pandangan dan harapan para selebriti tentang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Featured Mon, 19 Jul 2021

Dilarang Ziarah Hari Raya Aidiladha, Polis Akan Periksa Rumah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaklumkan akan membuat pemeriksaan secara rawak di beberapa buah perumahan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti ziarah menziarahi sempena Hari Raya Aidiladha. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) […]

Featured Wed, 14 Dec 2022
Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Ismail Izzani Tak Bayar Bil Hotel, Punca Fathia Latiff Bongkar Rahsia

Nak tahu punca penularan gambar panas antara Ismail Izzani dan Zarina Anjoulie? Baca berita sepenuhnya di xtra.com.my

error: Content is protected !!