Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi January 27, 2025 @ 1:59pm

Wanita Kongsi Kisah Ngeri Anak Alami Pendarahan Lepas Bersunat Cara Tradisional – “Tok Mudim Jahit Tanpa Bius”

Seorang wanita berkongsi pengalaman mencemaskan apabila anak lelakinya terpaksa menanggung kesakitan akibat menjalani proses berkhatan tradisional tanpa bius.

Melalui perkongsiannya di TikTok @mas_3ns, pada awalnya dia merancang membawa anaknya ke klinik untuk berkhatan seperti yang dilakukan oleh anak sulungnya sebelum ini.

Namun, anak keduanya lebih memilih untuk mencuba pengalaman berkhatan secara tradisional bersama rakan-rakan. Akur dengan keinginan tersebut, wanita itu bersetuju.

Kaedah tradisional yang dipilih ternyata tidak menggunakan bius dan melibatkan proses yang menyakitkan. Malangnya, selepas tok mudim selesai memotong, anak lelakinya mengalami pendarahan serius yang tidak dapat dihentikan walaupun rawatan asas telah diberikan.

“Selepas potong tok mudim ada letak macam ubat ke apa tak tahu tapi warna coklet macam daun pun ye tanah liat pun ye. Tapi tak pasti. Kemudian bawah tu di letak tisu. Pastu angkat anak-anak ni letak di toto masing-masing dan alaskan surat khabar tunggu sampai kering.

“Allah je tahu keadaan masa tu. Ada tiga, empat budak yang berdarah, pembantu akan angkat dan tok mudim akan jahit tanpa bius Allah meraung budak-budak. Umi tak sanggup dengar. Ada ibu bapa sampai tutup telinga,” katanya.

Cemas melihat keadaan anaknya yang menahan sakit, wanita itu segera membawanya ke klinik. Namun, kerana kesakitan yang dialami semakin serius, anaknya itu dirujuk ke hospital besar di Pulau Pinang.

Pengalaman yang menakutkan itu menjadi satu kenangan pahit buat wanita berkenaan. Wanita tersebut turut menasihatkan ibu bapa lain agar mempertimbangkan kaedah berkhatan moden yang menggunakan bius demi keselamatan dan kesejahteraan anak-anak.

@mas_3ns

Assalamualaikum Ibu ayah semua jadikan kisah saya pengajaran untuk semua 19/1/2025 Anak Sy sunat beramai2 pada asalnya Sy nak sunat di klinik sbb abg dia dulu dengan doktor so mudah. tapi Anak no 2 ni dia nak rasa sonok kwn ramai mandi bomba….tapi sunatnya tanpa bius ye..saya ulang TANPA BIUS…buat dengan tok mudim.. Anak2 seramai 74 org semuanya…bayangkan macam mana anak2 ni menjerit2 kesakitan…zaman dulu anak2 lain Dan ada cara tradisional yang buatkan kebas dll…tapi ini tak ada sekadar makan ubat 1 biji n sembur apa tak pasti. Selapas potong tok mudim ada letak macam ubat ke apa tak Tau warna coklet mcm daun pun ye tanah liat pun ye…tapi tk pasti…kemudian bawah tu d letak tisu…pastu angkat anak2 ni letak d toto masing2 Dan Alaskan surat khabar n tggu spi kering…. Allah je tahu keadaan masa 2.. ada 3, 4 org yang bleeding pembantu akan angkat Dan tok mudim akan jahit tanpa bius Allah meraung budak2..Umi tak sanggup dengar…ada parent spi tutu telinga… benda ni jd trauma pd anak2…percayalah…sian anak2 Kecik… jadi Anak Sy pun d cek semula n Masih ada darah yg keluar…pembantu tu letak mcm air daun kot n Anak Mula nagis lagi…pastu ok n bawak masuk dalam kereta…bleeding banyak sgt pembantu letak minyak n darah stop tp papper penuh darah spi tembus kena seat kereta… Sy ambik keputusan bawak klinik Dan doc Cuba utk bantu …mula2 ok tapi bl dia gerak bleeding semula…tapi proses tu sangat menyakitkan sbb Anak Sy menjerit meronta sakit walaupun doctor buat sehabis lembut dah sbb kesan Dr Luka sunat 2…. akhirnya doktor mintak bawa ke hospital besar penang sbb sana ada pakar Dan blh bagi tido so Anak tkkan rasa sakit n sng doktor nak buat keje.. Sy tiada pilihan utk kebaikan Anak…sampai d kecemasan alhamdulillah doctor ok baik2 lembut2 je….memang doktor tak sentuh…doktor tengok2 n ambik gambar anta pada pakar bedah…so doktor kata kena tahan wad sbb esok kita bt opretion nak jahit betulkan yg tak cantik n buang darah beku yg ada sbb dah bengkak atas dia… Esoknya 20/1/25 Anak Sy masuk bilik opretion Sy teman dia sehinggalah doktor bagi ubat tido…Dan doktor mintak keluar sbb nak masukkan tiub dalam mulut..dia tk blh nafas sendiri kena nafas pakai bantuan mesin..jadi selesai pembedahan dokor kejutkan dia n dia separa sedar baru doctor cabut tiub d mulut n pakai oksigan biasa…. Doktor panggil Sy masuk tengok Anak…n doktor kata akan pantau oksigan dia sbb drop….tapi doktor kata tunggu dulu bagi dia stabil n naik baru kita bukak oksigan bila dia boleh nafas dengan baik..masa nafas 2 dia nafas dalam n bunyi macam berdengkur kuat spi kedalam tengkuk Dia dalam masa yang sama dia menggigil sbb terlalu sejuk bilik pembedahan 2…. Doktor pasang pemanas pada badan dia….Sy sgt sgt lah risau..tapi akhirnya alhamdulillah dia stabil nafas cantik…syukur hanya Allah yg tahu betapa leganya hati seorg ibu..bila Anak dah stabil baru tolak ke wad biasa Alhamdulillah lepas opretion tu Luka dia sangat cantik tak ada basah pun elok licin… alhamdulillah syukur sgt2 part paling takut bila oksigen dia drop Ibu ayah semua…kl blh sunatlah cara moden biar ada bius sian anak2 kita trauma..risiko tanpa bius ni sgtlah tggi….utk tukang khatan 2 TOLONGLAH ada sedikit hati n perasaan….Jangan ambik mudah…nyawa budak masa depan budak…TOLONGLAH ..Sy sebagai Ibu tak sanggup tengok anak2 meraung kesakitan jahit tanpa bius…benda ni akan jadi sejarah hitam dalam hidup anak2… 1 lagi Sy nak pesan pd yg single mom or dad…TOLONGLAH ambik tahu pasal anak2 anda walaupun bukan bawah jagaan anda cukuplah tnya keadaan anak2…tak mintak duit pun….cukup mendoakan keselamatan Dan kebaikan anak2 anda…. kepada semua sahabat2 doakan anak2 Sy d beri kesihatan yg baik…doakan kebaikan untuk anak2 Sy…doakan kesejahteraan Dan kebhgiaan anak2 Sy…segala doa yang baik2 Allah akan balikkan kebaikan pd anda semua …terima kasih sahabat syg Sy…. #fyp #rindumak #berjuangsendiri #luaskanrezekikami #bahgiadisyurga

♬ original sound – AKI Seruling – AKI Seruling

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jul 2024

Watie Hanifiah Mohon Maaf, Tiada Niat Persenda Kaum Orang Asli

Watie tak sengaja, tiada niat okay guys. Jangan salah faham 😘

Hiburan Fri, 7 Mar 2025
Hiburan Thu, 21 Dec 2023

Ainan Tasneem Nak Buat Mini Konsert? Siap Ada Sesi Tazkirah Daripada Ustazah & Terbuka Untuk Perempuan Sahaja

Ainan bakal adakan mini konsert? Bila tu? Min sangat-sangat excited😍😲

Hiburan Fri, 20 Jun 2025
Hiburan Tue, 31 Aug 2021

“Hari Ni Our Wedding Anniversary, Jadi Pula Macam Ni” – Eina Azman, Suami & 2 Pembantu Positif Covid-19

Pelakon Datin Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Gurmeet Abdullah serta dua pembantu rumah mereka disahkan positif wabak Covid-19. Eina menceritakan khabar duka ini menerusi salah sebuah hantaran terbaru yang dimuat naik di laman Instagram […]

Featured Thu, 5 Dec 2024

Kanser Merebak Ke Hati & Paru-Paru, Jangka Hayat Lan Zailan Tinggal 3 Bulan Sahaja – “Jika Ada Silap, Mohon Maafkan”

“Kanser sudah merebak ke hati dan paru-paru. Mohon sahabat terus bagi semangat pada Lan”- Isteri

Featured Mon, 29 May 2023

Netizen Luah Rasa Kurang Senang Bila Fasha Sandha Kongsi Foto Bersama Kazar

Alamakkkk! Ramai pula yang suruh Fasha delete gambar dengan Kazar 😅

Hiburan Thu, 21 May 2026

“Tak Perlu Panjangkan Lagi” – Syukur Hak Penjagaan Penuh Kekal Miliknya, Fatin Afeefa Mahu Fokus Kebahagiaan Ivy

Fatin berkata, suara dan perasaan anaknya juga perlu diberi perhatian serta dihormati semua pihak.

Featured Tue, 5 Jul 2022

[VIDEO] “Sengaja Nak ‘Menilai’ Apa Netizen Akan Kecam..” – YouTuber Akui Buat Konten Tarik Tudung Untuk Kajian Sosial

Macam mana ni gais? Acceptable tak alasan diorang? Saja nak uji netizen je katanya… 🤭🤭

error: Content is protected !!