Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 10:25pm

“Fatima Adalah Segalanya, Tiada Masa Untuk Saya Bersedih” – Nur Fazura

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura memaklumkan kehadiran anak tunggalnya Nur Fatima Aisya, 5, bukan sekadar penyeri hidup, tetapi juga sebagai sumber kekuatan yang membuatkan dirinya terus melangkah tanpa mengeluh.

Berkongsi mengenai sambutan Syawal pada tahun ini , Fazura berkata lebaran kali ini lebih bermakna buat dirinya kerana dapat meraikannya bersama Fatima dengan penuh kegembiraan.

“Kami memang teruja menyambut Aidilfitri kali ini. Semua persiapan sudah lengkap, dan kami akan pulang ke kampung beberapa hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur.

”Fatima pun teruja nak main ‘fireworks’, main dengan keluarga dan makan menu raya. Alhamdulillah, saya tak rasa sedih kerana ada Fatima.

“Dia adalah dunia saya, dan fokus utama saya kini hanyalah Fatima dan diri sendiri,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Raya Pum Pang di ibu negara, baru-baru ini.

Selain Fatima, Fazura turut menjadikan kecekalan ibu tunggal sebagai inspirasi terbesar dalam hidupnya.

“Setiap kali saya lihat Fatima, saya jadi lebih kuat. Sejak dulu saya memang suka bekerja, tetapi sekarang keutamaan saya adalah membesarkan Fatima dengan sebaik mungkin.

“Kita semua tahu, kos pendidikan anak sangat tinggi. Jadi, tiada masa untuk bersedih atau merasa lelah. Saya kena terus berusaha demi Fatima,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, bekas suami selebriti ini, iaitu aktor Fattah Amin berkongsi dia bakal menyambut lebaran bersama Fatima pada hari raya ketiga.

Artikel berkaitan: Fattah Amin Tak Sabar Sambut Syawal Dengan Anak, Dah Sedia Duit Raya Pada Fatima

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 10 Jan 2020
Events Thu, 9 Aug 2018

Jangan Benci Cintaku Cetus Fenomena, Catat 12 Juta Tontonan

Shah, Fika, Husna adalah anatara watak yang terlibat dalam cerita Jangan Benci Cintaku yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 sekaligus mencetuskan fenomena sejak ianya ditayangkan pada 29 Jun lalu

Trending Mon, 26 Jan 2026

Mahkamah Putuskan Semua Tuduhan Terhadap Suami Allahyarham Pengasas Dnars Tidak Berasas & Bersifat Fitnah

Mahkamah mendapati tuduhan-tuduhan terhadap Haji Ahmad Shah Rizal gagal dibuktikan.

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Benar! Wanita Itu Kekasih Syazwan Zulkifly

Doakan yang baik-baik sahaja okay!

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Ais Kacang一岁啦!407邀你一起同欢庆

为回馈听众这一年以来的支持,Ais Kacang将于本周六(4月7日),早上10时至晚上8时,在Level G2,West Entrance B,Publika举办欢庆活动,邀大家前来一起同欢共乐。

Trending Mon, 18 Jan 2021
Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Featured Sun, 19 Mar 2023
error: Content is protected !!