Euforia Bola 2026
Trending By: Aqilah Paharuzi March 2, 2026 @ 2:17pm

Rebut Peluang Sertai Bonanza Berkat, Media Prima Tawar Duit Raya RM100 Untuk 50 Pemenang Setiap Minggu

Sempena Ramadan dan Syawal tahun ini, Media Prima Berhad tampil dengan kempen istimewa penuh rezeki menerusi peraduan Bonanza Berkat yang menjanjikan Duit Raya kepada penonton setianya.

Peraduan yang berlangsung dari 28 Februari hingga 27 Mac 2026 itu dianjurkan bersempena kempen Ramadan Raya Sama-Sama Berkat, dengan konsep mudah dan terbuka kepada semua yang ingin mencuba nasib menambah duit raya.

Caranya cukup ringkas, iaitu pada setiap hari Sabtu, lima keyword berbeza akan dilepaskan menerusi lima platform utama iaitu TV3, Tonton, Hot FM, Waktu Solat Malaysia dan Harian Metro.

Peserta hanya perlu mengumpul sebanyak mungkin keyword daripada setiap platform berkenaan dan menghantar penyertaan di laman rasmi tonton.com.my/bonanzaberkat sebelum jam 12 tengah hari setiap Jumaat.

Menariknya, lebih banyak keyword dihantar, lebih tinggi peluang untuk dipilih sebagai pemenang.

Sebanyak 50 pemenang akan dipilih setiap minggu untuk membawa pulang RM100 Duit Raya, dan ganjaran itu berlangsung selama empat minggu berturut-turut sepanjang tempoh peraduan.

Orang ramai disaran mengikuti kelima-lima platform terbabit bagi memastikan tiada keyword terlepas setiap minggu.

Maklumat lanjut serta syarat penyertaan boleh didapati di laman rasmi peraduan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Feb 2026

“Perjuangan Wanita Lepas Cerai Bukan Dendam Tapi…” – Ibu Dr.Fie Luah Rasa Bangga, Anggap Anak Sebagai Wanita Hebat 

Dr. Zailah juga sempat menitipkan pesanan agar anaknya itu sentiasa istiqamah dan diberikan kekuatan menjalani kehidupan.

Trending Wed, 15 Jul 2020

Dr Noor Hisham Minta Rakyat Malaysia Lakukan Perkara Ini…

Jangan Malas! Jangan Alpa! Patuhi SOP okay…

Featured Mon, 16 Jan 2023

[VIDEO] “Mana Menghilang, Lama Tak Nampak di TikTok” – Ikut Trend, Gelagat Zizan Razak Buat Warganet Terhibur

Hahaha mmg kelakar lah Zizan ni, netizen pun semua jenis mudah terhibur ye

Trending Mon, 7 Dec 2020
Trending Mon, 11 Jun 2018

Supermodel Gigi Hadid Kembali Ke Pangkuan Bekas Kekasihnya Zayn Malik

Ramai yakin supermodel Gigi Hadid dan Zayn kembali bersama.

Featured Mon, 27 Nov 2023
error: Content is protected !!