Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin June 13, 2022 @ 7:29pm

“Kembang Tekak Aku…” – Lafazkan ‘I Love You Baby’ Ketika Sesi Temu Bual, Netizen ‘Meluat’ Dengar Kenyataan Azri Iskandar

Nampaknya kontroversi yang melanda pelakon Azri Iskandar, Dr Azra mahupun individu yang dikenali sebagai ‘F’ masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Terbaharu, menerusi program Melodi yang bersiaran semalam, Azri menjelaskan hubungannya bersama Dr Azra benar-benar serius dan masing-masing nekad mahu ke fasa seterusnya.

Manakala, individu ‘F’ pula menegaskan dia kini sudah tidak mahu terlibat dengan kontroversi membabitkan hubungan cinta kedua-dua individu terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Celah Mana Pula Saya Jadi Orang Ketiga?” – Jadi Mangsa Fitnah Netizen, Ini Respons Kekasih Azri Iskandar

ARTIKEL BERKAITAN:Azri Iskandar Nafi Curang, Mohon Ellie Suriaty Jangan Calarkan Imej Bakal Isteri – “Azra Bukan Punca Kami Bercerai”

Sementara itu, menjengah di ruangan komen portal hiburan terbabit, rata-rata warganet berasa ‘muak’ dengan kemelut perhubungan dan isu perceraian membabitkan pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini.

Malah, ada diantaranya yang ‘meluat’ dan geli mendengar Azri mengungkapkan perkataan seperti ‘I love you’ dan ‘baby’ ketika sesi temu bual yang disiarkan dalam program Melodi.

Kontroversi yang berlaku sejak beberapa minggu lalu ini juga pastinya memberi impak yang besar bukan sahaja kepada Azri dan keluarga malah, ibu kepada Dr Azra juga.

Difahamkan, ibu beliau terpaksa dikejarkan ke hospital pada Jumaat akibat terkejut dengan kewujudan individu ‘F’.

Selain itu, Azri juga kini dilaporkan telah digugurkan daripada membintangi persembahan teater Tan Sri Elyas kerana didakwa memberi imej buruk kepada figura terkenal itu.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Jejaskan Nama Baik… Azri Iskandar Mahu Saman F & Portal Berita

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Saya Terkejut, Kenapa Kena Tipu?” – Desperate Nak Happy, Anak Bantah Azri Iskandar Kahwin Lagi…Mohon Azra Buat Keputusan Tepat Sebelum Nikahi Bapa

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Nak Keruhkan Hubungan Orang Lain!” – Azri Iskandar Selar Kenyataan F, Mahu Cepat Nikah Dengan Azra

ARTIKEL BERKAITAN:Azri Iskandar Rancang Nikah Bulan Ini, Kenal Bakal Isteri Selepas 12 Hari Cerai – “Saya Nak Move On & Tak Nak Buang Masa..”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Jun 2021

Peminjam PTPTN Terjejas Boleh Tangguh Bayaran 3 Bulan

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang hilang pendapatan kerana diberhentikan kerja atau pendapatan terjejas, boleh memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan. Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peminjam […]

Featured Wed, 26 Nov 2025

Pilih Nama Tara Svara, Isteri Noh Salleh Selamat Lahirkan Baby Girl

Noh, 40, mengambil kesempatan meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap kehadiran zuriatnya itu.

Trending Thu, 23 Aug 2018

Hilarious! Flying Roti Canai Accidentally Lands on Lady’s Head

The roti canai guy was trying to put on a show for the patrons but an unfortunate incident took place.

Featured Thu, 25 Mar 2021

107, 000 Individu Hilang Pekerjaan Dibantu

Menurut Menteri Kewangan, seramai 107,000 individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 menerima bantuan Sistem Insurans Pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan nilai keseluruhan sebanyak RM366.37 juta. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz […]

Featured Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Thu, 3 Jan 2019

Zayn Malik Putus Cinta Lagi?

Biarpun masih belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak, bekas anggota kumpulan One Direction ini dikatakan tidak lagi mengikut bekas teman wanitanya di Instagram.

Hiburan Mon, 24 Feb 2025

Fattah Amin Dah Bertunang Dengan Amira Othman? Ini Jawapan Empunya Badan

Fattah Amin didakwa sudah bertunang dengan Amira Othman.

Filem Wed, 6 Dec 2023
error: Content is protected !!