Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 9, 2022 @ 10:51am

Azri Iskandar Rancang Nikah Bulan Ini, Kenal Bakal Isteri Selepas 12 Hari Cerai – “Saya Nak Move On & Tak Nak Buang Masa..”

Kontroversi melibatkan hubungan mesra antara pelakon Azri Iskandar dan seorang penulis skrip yang bernama Azra Diera heboh diperkatakan semenjak semalam.

Azri, 54, telah membuat kenyataan bahawa dia akan bernikah dengan Azra, 43, yang mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) pada bulan ini.

Memetik laporan Harian Metro, Azri dikatakan telah membuat perancangan untuk menghantar rombongan merisik dan bertemu dengan keluarga wanita tersebut dalam jangka masa dua minggu ini.

“Buat masa sekarang tarikh nikah belum ada. Insya-Allah dalam masa dua minggu ini saya akan ke Perlis berjumpa keluarga perempuan untuk merisik. Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “My Love, My Life & My…” – OMG, Romantiknya! Bakal Isteri Beri Ucapan Sweet Sempena Birthday Azri Iskandar

Tanpa berselindung, Azri memaklumkan bahawa dirinya mula mengenali Azra selepas 12 hari bercerai dengan bekas isterinya, aktres Ellie Suriaty.

Dia turut menafikan yang wanita tersebut menjadi punca kepada berlakunya perpisahan rumah tangga yang telah dibina bersama Ellie selama 19 tahun itu.

“Saya berjumpa Azra selepas 12 hari bercerai dengan Ellie. Kami bekerjasama dalam satu projek drama RTM. Saya ada menghubungi Azra untuk bertanya lanjut mengenai skrip itu.

“Dari situ saya terus tertarik melihatnya dan berterus terang. Tidak sangka dia juga sukakan saya. Kami merancang untuk berkahwin kerana masing-masing sudah berusia.

“Saya nak move on dan tak nak buang masa sebab sudah jumpa orang sesuai. Namun, perkahwinan ini bukan punca saya bercerai dengan Ellie.

“Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Genap Sebulan Cerai Dengan Ellie Suriaty, Azri Iskandar Umum Bakal Nikah Penulis Skrip

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Terkejut, Saya Tahu Isi Hati Dia Ada Pada..” – Ini Respons Ellie Suriaty Mengenai Cinta Baru Azri Iskandar

Untuk info, Azri dan Ellie sah bercerai dengan talak satu pada 17 Mei lalu. Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17 dan Nur Azreen, 13.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Thu, 16 Jan 2020
Hiburan Thu, 11 May 2023

“Tiada Istilah Hilang Fokus..” – Ashmirul Memilih Untuk Berlakon & Menyanyi Dalam Masa Yang Sama

Industri seni tempatan menyaksikan kemunculan pelapis yang mahu menyanyi dan pada masa sama, berlakon. Bagi penyanyi baharu, Ashmirul atau nama penuhnya Amirul Ashraf Shafaruddin, perkara tersebut terpulang kepada diri sendiri, tepuk dada tanya selera. Menurutnya, […]

Events Mon, 18 Apr 2022

Gatick Padam Kiriman Teks Untuk Lacurkan Tangmo Terbongkar

Sikit-sikit kebenaran terbongkar kan???

Featured Wed, 13 May 2020
Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Zayn Malik Kembali Solo

Malik, bekas anggota kumpulan penyanyi Britain, One Direction, dan Hadid, model bagi Victoria’s Secret, Fendi dan Tommy Hilfiger, tidak memberikan punca perpisahan mereka.

error: Content is protected !!