Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Aqilah Paharuzi June 8, 2022 @ 3:29pm

Belum Genap Sebulan Cerai Dengan Ellie Suriaty, Azri Iskandar Umum Bakal Nikah Penulis Skrip

Belum genap sebulan mahligai cinta pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty musnah, aktor itu mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang penulis skrip dalam masa terdekat.

Memetik laporan MalaysiaKini, Azri yang baru sahaja bercerai pada 17 Mei lalu berkata, dia dan keluarga bercadang untuk menghantar rombongan merisik dan meminang bakal isteri bernama Azra Diera sebelum 23 Jun ini.

“Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu. Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat,” katanya.

Menurutnya, Azra yang memiliki kelulusan doktor falsafah (PhD) dalam jurusan muzik itu belum pernah berkahwin sebelum ini.

Untuk rekod, hasil perkahwinan Azri dan Ellie selama 19 tahun dikurniakan dua anak iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Tambah aktor Pontianak Harum Sundal Malam itu, dia terpaksa menangguhkan majlis persandingan buat sementara waktu kerana sibuk dengan urusan kerja yang padat ketika ini.

“Sekarang saya masih lagi menjalani penggambaran drama Kau Tak Punyai Hati arahan Azmi Hatta terbitan TV3 sampai 2 Ogos depan,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Emma Maembong Dan Syed Abdullah, Unfollow Diri Masing-Masing?

Haih, macam-macam lah cerita artis sekarang ni.

Trending Thu, 17 Jun 2021

“Masya-Allah, Saya Pula Nak Nangis” – Neelofa Sebak, Kagum Lihat Elyana Tetap Senyum & Ceria Dalam Kesakitan

Selebriti dan usahawan, Neelofa sebak apabila penyanyi Elyana gembira menerima hadiah pemberiannya. Menyuntik semangat Elyana yang sedang dirawat di hospital akibat kanser limfoma, Neelofa menghadiahkan koleksi tudung jenama Naelofar kepada pelantun lagu Kalis Rindu itu. […]

Featured Mon, 23 Mar 2020
Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Lagu Baru Zizi Kirana, Dilabel Lagu Sampah!

Lagu yang mendapat kerjasama penyanyi hip hop Waris ini ternyata berlainan sama sekali jika dibandingkan dengan lagu yang terdapat pada single pertama beliau iaitu, Boleh Jalan

error: Content is protected !!