Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom March 23, 2020 @ 6:00pm

Memang comel bila si kecil bertindik tapi jangan sampai terkena jangkitan

Kecil-kecil lagi sudah tindik telinga. Ada ibu bapa menindik telinga bayi mereka kerana terikut-ikut dengan gaya yang dipopularkan kembali oleh mogul fesyen dan kosmetik, Kylie Jenner.

Ada pula menggunakan alasan berbuat demikian kerana berpendapat pada usia yang masih kecil, kurang berasa sakit atau pedih ketika ditindik.

Paling melucukan, segelintir ibu bapa berbuat demikian kerana mahu menyerlahkan identiti bayi perempuan mereka.

Tidak kisahlah apapun alasan mereka, seperkara yang ibu bapa wajar tahu, perbuatan menindik telinga bayi bukan saja boleh menyebabkan kecederaan tetapi juga jangkitan kuman.

Si cilik Stormi dengan gaya anting-anting emas bulat, hadiah si ibu tercinta, Kylie Jenner, pada Hari Kekasih yang lalu. Foto: Instagram Kylie Jenner

Keadaan ini boleh berlaku kerana si kecil belum mempunyai sistem pertahanan badan yang kuat.

Menurut pakar pediatrik di Hospital Kanan-kanak Seattle, Amerika Syarikat, Sue Swanson, usia yang paling sesuai untuk menindik telinga anak adalah enam bulan dan ke atas.

Sekiranya inginkan prosedur itu dilakukan dengan selamat dan mengikut kemahuan anak sendiri, anda disarankan untuk menunggu sehingga si kecil berumur sekurang-kurangnya 10 tahun.

Foto: Dr Numb

Risiko menindik telinga bayi

Prosedur menindik telinga ini dilakukan dengan mencucuk jarum sepanjang 12 hingga 18 sentimeter ke dalam cuping telinga bagi menebuk lubang dan memasukkan subang.

Perlu diberi perhatian, risiko daripada perbuatan itu, kemungkinan boleh menyebabkan koyakan pada bahagian cuping telinga. Koyakan ini akan menyebabkan:

  • Luka dan pendarahan
  • Pembengkakan
  • Kegatalan
  • Reaksi alahan terhadap jarum atau anting-anting yang menyentuh kulit
  • Mendapat jangkitan kuman seperti nanah
  • Membentuk parut atau keloids

Penjagaan betul selepas menindik telinga bayi

  • Jauhkan produk seperti minyak wangi, minyak rambut, syampu dan produk lain daripada anting-anting.
  • Pastikan baju atau rambut anak anda tidak menganggu atau terlekat pada anting-anting yang dipakai.
  • Elakkan si kecil mandi air kolam, sungai atau laut sekurang-kurangnya dua minggu selepas menindik telinga bagi mengelak dijangkiti bakteria.
  • Tanggalkan anting-anting anak sewaktu mereka bermain terutama permainan yang memerlukan mereka memakai topi keledar kerana ia akan memberi tekanan pada telinga.

Bayi berusia enam bulan ke atas biasanya tengah lasak, justeru untuk mengelakkan mereka terkena jangkitan berpunca daripada peluh atau bakteria, balut atau tutup bahagian cuping telinga mereka menggunakan plaster untuk melindunginya.

Harap jelas!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Nov 2021

“Terima Kasih Kak Ana 16 Tahun Dengan Kami” – Sebaknya! Satu Keluarga Menangis Tak Sanggup Lepaskan Pembantu Rumah

Ramai rakyat Malaysia menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing untuk meringankan beban menjaga anak, menguruskan rumah dan sebagainya. Namun, sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembantu rumah itu ikhlas dan telus, malah lama kelamaan ia pasti […]

Featured Mon, 3 Jan 2022

Tular Video Lelaki Buat Tarian Pelik Dalam Bas, Netizen Minta Jangan Jadikan Bahan Gurauan

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seorang lelaki yang membuat tarian pelik di dalam sebuah bas ekspres di perhentian R&R Simpang Pulai, Perak. Video yang dimuat naik di laman Facebook Penang Kini itu dirakamkan oleh […]

Featured Mon, 22 May 2023

Hot FM Umum KJ Jadi DJ Hingga Disember Ini

Makin seronoklah Hot FM lepasni!

Featured Fri, 2 Dec 2022

“Hubungan Kami Berjalan Lancar” – Shuib Yakin Dengan Pilihan, Mohon Jangan Pertikai & Menilai Watie

Kalau anak-anak gembira, ibu dan keluarga mentua setuju, saya akan okay – Shuib

Featured Thu, 28 Apr 2022

“Menuntut Ilmu Digalakkan Sehingga Ke Liang Lahad” – Siti Nurhaliza Ada Keinginan Untuk Sambung Belajar

Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai keinginan sambung belajar jika masa dan komitmen mengizinkan.

Featured Mon, 14 Apr 2025
error: Content is protected !!