Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 26, 2019 @ 11:26am

5 keunikan Himpunan Syawal Bahari Asyek yang pasti membuatkan anda tampil bergaya pada Aidilfitri

Baju kurung tradisional bukan saja tampak anggun apabila digayakan, tetapi lebih penting selesa dipakai terutama ketika berkunjung ke rumah sanak saudara pada Aidilfitri kelak.

Bagi wanita yang sedang mencari baju kurung tradisional, jenama terkenal Bahari Asyek menampilkan 32 rekaan menerusi Himpunan Syawal 2019 yang dipertontonkan dalam satu pertunjukan fesyen di Hotel Concorde Shah Alam, baru-baru ini.

pertnjukan fesyen Bahari Asyek

Pelbagai rekaan klasik baju kurung daripada Himpunan Syawal Bahari Asyek 2019 yang dipertontonkan di Hotel Concorde Shah Alam, baru-baru ini. NSTP/SADDAM YUSOFF

Pengarah Urusan Bahari Asyek, Zahalina Ab Rahman, berkata meskipun mengekalkan gaya tradisional, rekaan baharu Bahari Asyek itu diberi nafas baharu bagi disesuaikan dengan cita rasa golongan muda.

“Sejak ditubuhkan 11 tahun lalu, Bahari Asyek setia dengan identiti kami iaitu baju kurung tradisional yang menjadi warisan kita, justeru setiap rekaan akan menampilkan gaya baju kurung klasik.

“Bagaimanapun, kita juga mengambil kira cita rasa golongan muda yang juga pelanggan setia Bahari Asyek terutama dari segi potongan yang dikecilkan sedikit dalam setiap rekaan,” katanya ketika ditemui usai pertunjukan fesyen Himpuan Lebaran.

pertunjukan fesyen Bahari Asyek

Kebaya indah antara pilihan Himpunan Syawal Bahari Asyek 2019 yang dipertontonkan bersempena perasmian cawangan kedua Bahati Asyek di Hotel Concorde Shah Alam. NSTP/SADDAM YUSOFF

Bagi himpunan itu, pelanggan mempunyai pilihan baju kurung antaranya kurung Kedah Sunti, Kedah Seri, Pahang, Riau, Sultana, Tun Teja, Tun Fatimah, Kuno dan Archipelago, manakala rekaan kebaya pula menampilkan kebaya Pahang, 4 Dara, Siti Zaleha serta Cik Siti Wan Kembang.

Berikut adalah lima keunikan Himpunan Syawal Bahari Asyek:

1.  32 rekaan baharu

Himpinan Syawal Bahari Asyek menampilkan 32 rekaan dengan mengekalkan konsep jenama itu yang bercirikan warisan dan tradisional. Anda boleh memilih pelbagai rekaan, sama ada baju kurung atau baju kurung Kedah yang sesuai digayakan pada musim perayaan

2. Gaya tradisional

pertunjukan fesyen bahari asyek

Gaya klasik baju kurung antara identiti Bahari Asyek. NSTP/SADDAM YUSOFF

Berbeza dengan kebanyakan jenama yang menampilkan himpunan khusus untuk baju raya, Bahari Asyek mengekalkan gaya tradisional baju kurung yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

3. Potongan baju diberi nafas baharu

Meskipun mengekalkan gaya tradisional, Bahari Asyek memberikan nafas baharu dari segi potongan dengan mengambil kira cita rasa golongan muda hari ini. Antaranya, ada baju yang dipotong kecil berbanding ukuran yang biasa supaya tidak kelihatan begitu besar apabila digayakan.

4. Fabrik selesa

Pertunjukan fesyen Bahari Asyek

Antara keunikan baju kurung Bahari Asyek 2019 adalah penggunaan fabrik yang selesa apabila digayakan dalam cuaca panas di negara ini. NSTP/SADDAM YUSOFF

Bersesuaian dengan iklam panas di negara ini, Bahari Asyek menggunakan fabrik yang selesa dan menyerap peluh apabila digayakan pada pagi Syawal. Antara fabrik digunakan ialah kain kapas, linen, sutera dan jute.

5. Boleh didapati dalam talian

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bahari Asyek (@bahariasyekofficial) on

Bermula suku keempat 2018, Bahari Asyek memperkenalkan jualan secara dalam talian menerusi aplikasi Instagram iaitu bahariasyekofficial dan bahariasyek.co yang menyediakan himpunan pilihan Bahari Asyek dan pilihan mampu milik.

Bersempena dengan pertunjukan fesyen itu, Bahari Asyek turut merasmikan cawangan keduanya yang mula beroperasi Januari lalu di ruang legar Hotel Concorde Shah Alam.

Pembaca yang berminat untuk memiliki sepasang baju kurung Bahari Asyek, anda boleh datang sendiri ke Hotel Concorde Shah Alam ataupun Plaza Masalam di Shah Alam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bahari Asyek (@bahariasyekofficial) on

Bagi yang tidak berkesempatan, jangan bimbang kerana anda boleh membeli menerusi aplikasi Instagram bahariasyek.co yang menampilkan dua pilihan iaitu Bahari Asyek (harga antara RM100 – RM2,800) dan bahariasyek.co dengan menyasarkan rekaan mampu milik berharga antara RM100 hingga RM300.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Jun 2021

“Fight Scene Mantap” – Filem Terakhir Arwah Ashraf Sinclair Dilabel Bertaraf Antarabangsa

Buat korang yang masih belum tahu, filem lakonan terakhir arwah Ashraf Sinclair iaitu J Retribusi kini ditayangkan di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. J Retribusi merupakan kesinambungan Filem J Revolusi yang menggandingkan para pelakon seperti […]

Drama Fri, 3 Mar 2023
Featured Fri, 3 Jan 2025
Featured Tue, 28 Sep 2021

Antara Hidup Dan Mati, Gerak Khas Undercover Buat Penonton Teruja

Drama bersiri popular Gerak Khas kini kembali dengan wajah wajah baru yang menampilkan jalan cerita yang bakal membuatkan penonton teruja. Bukan hanya mengekalkan barisan pelakon asal seperti Erra Fazira, Salina Saibi, Gerak Khas Undercover juga […]

Featured Mon, 21 Oct 2024
Featured Fri, 2 Dec 2022

Kongsi Perjalanan Perit, Meerqeen Dedah Pernah Bergaduh Dengan Bapa – “Sekarang, Dia Penyokong Utama Saya”

Rupa-rupanya complicated perjalanan Meerqeen sebelum masuk industri seni 😢 Min sebak jap bila ayah Meerqeen akhirnya bangga dengan anak dia ni 😭😭 Fly High, Meerqeen!

Featured Mon, 2 Dec 2024

“Ambil Seberapa Banyak Yang Awak Nak”- ‘Letak’ Kepercayaan Pada Khairul Aming, Pemilik Mydin Tawar Bantuan Buat Mangsa Banjir

Datuk Ameer Ali Mydin memberi kepercayaan penuh kepada anak muda asal Kelantan itu dalam usaha membantu penduduk yang terjejas akibat banjir.

error: Content is protected !!