Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Salma Syahbuddin December 16, 2025 @ 12:50pm

“Saya Welcome All! Saya Tak Tapis Ikut Bangsa” – Khairul Aming Perjelas Isu Hanya Ambil Pekerja Melayu

Personaliti dan usahawan, Khairul Aming tampil menjelaskan mengenai dakwaan kononnya dia hanya mengambil pekerja dalam kalangan orang Melayu sahaja bagi operasi restoran barunya, Rembayung yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Menurut Aming, dia sama sekali tidak menetapkan sebarang tapisan berdasarkan bangsa, sebaliknya terbuka menerima permohonan daripada semua pihak.

“Yang saya kata ada kerja kosong kitchen crew, service krew, barista, apply lah.

“Tapi dah itu resume yang masuk saya nak buat macam mana. tak kan saya nak paksa ikut ratio. Saya welcome all,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan Aming menerusi sepotong video pendek yang tular di platform media sosial.

Tidak habis disitu, Aming berkata, setiap permohonan yang diterimanya akan dinilai berdasarkan merit dan kelayakan calon, dan bukannya latar belakang kaum.

“Siapa pun yang apply saya tak tapis ikut bangsa saya interview semua ikut merit.

“Infact ada yang non-malay apply saya bagi dia kerja tapi sebab restoran ni lambat lagi nak buka so, dia terpaksa tarik diri. Dia nak kerja urgent,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia menegaskan, tidak mahu wujud salah faham atau pemikiran negatif berkaitan isu pengambilan pekerjanya.

“Kita tak nak yang ada mindset yang begitu begini. Saya welcome all.

“Tapi sebab itu resume yang masuk, saya terima sahaja,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Sat, 1 Jul 2023
Trending Mon, 15 Jun 2020
Trending Mon, 31 May 2021

“Tersilap Memuat Naik Screen Shot” – Pengurus Media Sosial Ibu Neelofa Tampil Mohon Maaf

Pengurus media sosial kepada ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang dikenali sebagai Zulshafiqah Zulkafli tampil membuat permohonan maaf di laman Instagram peribadi miliknya. Ia berhubung isu yang timbul mengenai hantaran yang dimuat naik […]

Hiburan Fri, 18 May 2018

Izreen Azminda Bersyukur Kerana Masih Laku?

Namun, bagi Izreen sendiri tawaran yang datang setelah beliau dihimpit kontroversi sejak November lepas dianggap sebagai rezeki dan beliau tidak mahu sama-sekali mengambil peduli cakap-cakap orang disekeliling beliau

Events Wed, 5 Feb 2020

5 Pencalonan Lagu Yang Dijangka Memberi Saingan Sengit Dan Layak Diangkat Sebagai Juara AJL 34

Antara 5 pencalonan ni siapa yang korang rasa akan menang AJL34?

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Trending Thu, 23 Apr 2020

Pelajar IPT Diberi Kelonggaran Pulang Ke Rumah – Perdana Menteri

Semoga mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat..

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

f(x)’s Amber Liu: “I’ll Be Nice When I Can But…”

Seems like f(x)’s Amber has got something to say to the haters.

error: Content is protected !!