Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 20, 2023 @ 12:42pm

Muat Naik Video Di IG, Reaksi Shuib Tenung Adik Miza Bikin Peminat Sebak! – “Auto Aku Nangis Bila Shuib Panggil Ibu”

Sebelum ini, pelawak dan penyampai radio, Shuib hanya membuat panggilan video bersama kanak-kanak bernama Adik Miza yang dikatakan mempunyai wajah persis arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Shuib menghubungi kanak-kanak itu ketika bapa kepada arwah Sarah, Raissuddin Hamzah berkunjung ke utara tanah air untuk bertemu dengan Adik Miza.

Namun, siapa sangka rezeki pertemuan antara Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhammad, 38, dan kanak-kanak itu telah diatur oleh isteri kepada Raissuddin, Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder dalam satu majlis makan malam yang dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.

“Alhamdulillah terlalu besar rezeki ini, dapat berjumpa lagi, Kali ini bersama satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan,” katanya.

Menerusi perkongsian sebuh video pendek yang dimuat naik di Instagram miliknya, Makder sempat berkongsi momen manis pertemuan antara Shuib dengan adik Nur Miza Najla Mustaffa.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah reaksi Shuib yang kelihatan memandang Adik Miza dengan pandangan yang redup dan sangat lama seakan-akan melepaskan rindu kepada arwah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

 

Reaksi Shuib itu sekaligus mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tersentuh melihat momen tersebut.

“Lama Shuib pandang Adik Miza… Sebak pula kita.

“Entah kenapa rasa sebak pula tengok time Shuib pandang lama dekat muka AdikMiza ni.

” Shuib cakap “ibu” auto aku nangis!

“Auto meleleh air mata ni. Nampak sangat Shuib rindu arwah.

“Semua sama! Cara jalan, senyum… Aku pula yang nangis,” komen netizen.

Selain itu, Shuib juga dilihat sempat merakamkan foto bersama adik Miza dan isterinya, Watie Hanifiah menerusi hantaran di Instagram miliknya beserta kapsyen menyentuh hati.

Bahkan, ramai dalam kalangan pengikut Shuib yang memuji sikap Watie yang lembut dan tidak cemburu serta memahami situasi suaminya.

“Rindu dan Sayang,” tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Jun 2023
Hiburan Sat, 14 Jan 2023
Hiburan Sat, 2 Aug 2025

“Tak Pernah Mohon Fasakh” – Penjara Narathiwat Nafi Eda Ezrin Fail Cerai Terhadap Suami

Eda Ezrin didakwa tuntut fasakh, penjara narathiwat bersuara

Trending Wed, 29 Jun 2022
Hiburan Sun, 13 May 2018

Tahniah! Mat Dan Dah Jadi Ayah

Menerusi entri tersebut, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah memuat naik sekeping foto bayi.

Trending Hari Ini Mon, 18 May 2020
Featured Fri, 15 Sep 2023
Featured Fri, 7 Sep 2018

Sila ‘Nangis’ Banyak Kali Kalau Nak Dapatkan Manfaat Ini

Air mata mengandungi cairan lysozyme yang mampu membunuh bakteria hingga 59%.

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Dijangka Bersalin Bila-Bila Masa, Nubhan Tetap Mahu Isteri Hadir Ke Pelancaran MV Selamat Jalan, Cinta!

Penyanyi berusia 30 tahun itu turut berjanji akan setia menemani isterinya ketika melahirkan anak kedua mereka nanti.

error: Content is protected !!