Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin September 7, 2018 @ 11:00am

Sila ‘Nangis’ Banyak Kali Kalau Nak Dapatkan Manfaat Ini

Sebagai manusia biasa, kita banyak bermain dengan emosi sama ada gembira mahupun berduka. Setiap orang pasti mahukan kegembiraan, tetapi di sebalik kegembiraan itu jugalah akan membuatkan anda menangis. Menangis kerana terlalu gembira dan bersyukur. Betul tak?

Tapi, ada juga yang menangis kerana ditinggalkan orang tersayang, menonton filem sedih dan sebagainya.

Tahukah anda, perbuatan menangis sebenarnya mampu memberi manfaat kepada diri anda? Nak tahu antara manfaatnya? Jom semak!

Foto: Giphy

1. Membunuh bakteria

Biar betul? Dengar macam tak logik kan? Tapi, air mata mengandungi cairan lysozyme yang mampu membunuh bakteria hingga 59%. Ia membunuh dengan cara menghancurkan dinding sel bakteria tersebut.

Selain itu, penelitian pakar juga mendapati, air mata turut mengandungi antimicrobial yang dapat melindungi tubuh.

2. Menyihatkan mata 

Air mata yang keluar boleh melembabkan mata dan mencegah dehidrasi pada selaput mata anda. Bukan itu saja, air mata juga dapat membantu mengeluarkan kotoran dan debu yang telah ‘menapak’ lama di celah-celah bebola mata.

Air mata juga sama fungsinya dengan ubat mata, tiap kali menangis ia boleh menjernihkan kembali penglihatan anda.

3. Hilangkan stress

Orang ingat kita menangis sebab stress kan? Tetapi, sebenarnya tiap kali anda menangis ia akan dapat meringankan dan menghilangkan tekanan yang anda alami. Ini kerana, air mata dapat membantu menurunkan hormon tekanan jiwa yang dikenali sebagai kartisol. 

Bukan itu saja, ketika anda menangis, tekanan darah juga akan menurun dan ia akan berterusan sehingga anda merasa lega dan tenang setelah puas menangis.

4. Mengeluarkan racun

Macam mana agaknya air mata boleh mengeluarkan racun ya? Fungsinya sama seperti ketika manusia berpeluh, menangis juga melakukan proses pembuangan racun dari tubuh menerusi detoksifikasi. 

Segala zat yang tidak berguna akan disalur keluar menerusi tangisan dan hasilnya tubuh menjadi lebih segar.

5. Meningkatkan kembali mood

Setelah puas menangis, manusia akan mengeluarkan suatu hormon yang sebenarnya dapat melegakan perasaan. Kita pasti akan berasa lebih baik daripada sebelumnya.

Ini kerana, menangis sebenarnya dapat memulih dan meningkatkan kembali mood yang merundum. Ketika air mata keluar, zat endorfin akan terhasil dan ianya akan bantu menyeimbangkan emosi ke tahap normal.

Dah jelas kan menangis pun banyak manfaatnya. Jadi, lepas ini jangan tahan-tahan nangis ya. Nangislah sepuasnya!

Sumber: MedicalNewsToday

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 23 Jul 2018

Rumah Banyak Cicak? Ini DIY Perangkap Cicak Paling Berkesan Yang Anda Perlu Tahu

Guna bahan dapur saja untuk buat perangkap cicak. Awas ya cicak!

Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Fri, 27 Oct 2023
Featured Thu, 30 Nov 2023
Featured Fri, 13 Aug 2021

Suntikan Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Bakal Bermula Pertengahan September – KJ

Menurut Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan diperluas bermula pertengahan September nanti melibatkan golongan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun. Berita itu dimaklumkan beliau menerusi laman rasmi Twitter setelah […]

Featured Tue, 17 Dec 2019

Selamat datang 2020, 5 azam buat wanita kekal bahagia!

Mulakan azam dengan memperbaiki diri

Featured Sun, 30 Mar 2025

Awie Sokong Erra Fazira Temui Kebahagiaan Baharu – “Jangan Tunggu Lama, Fikir Masa Depan”

Sudah sampai waktunya Erra kembali berumah tangga setelah sekian lama hidup sendiri.

Events Fri, 20 Jan 2023

Tular Foto Siti Bainun & Peguam Layan Movie, Che Puan Khaleeda & Aktivis #JusticeForBella Tampil Bersuara!

Netizen pun pening tengok kejap tak kawan, kejap kawan. Abis tu yang Bainun nangis tu betul ke?

error: Content is protected !!