Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 10, 2022 @ 4:00pm

“Celah Mana Pula Saya Jadi Orang Ketiga?” – Jadi Mangsa Fitnah Netizen, Ini Respons Kekasih Azri Iskandar

Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai kemelut rumah tangga pelakon, Azri Iskandar dan Ellie Suriaty, kali ini kekasih baru pelakon itu pula tampil memberikan respons mengenai kritikan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Azra Diera Abdul Hamid, 42, tidak menyangka menerima fitnah dan tohmahan yang dilemparkan sehingga ada yang melabelnya sebagai orang ketiga dan menurutnya, ia tidak tepat sama sekali.

Memetik laporan Getaran, Azra menyifatkan dia bukanlah penyebab kepada perceraian pasangan pelakon itu kerana dia hanya mengenali Azri pada 29 Mei lalu atas urusan kerja bagi sebuah projek drama sahaja.

“Saya cuma mengenali Azri pada 29 Mei lalu atas urusan kerja sebuah projek drama.

“Sebelum ini, saya cuma letak nama di dalam proposal dan skrip yang saya tulis sahaja… itu pun atas cadangan produser.

“Waktu itu, saya tengah busy siapkan proposal untuk pihak RTM. Saya kena pastikan semua pelakon yang dipilih sesuai dengan watak yang saya tulis,” katanya.

Malah, kesibukannya terhadap kerja melibatkan kerja belakang tabir menyebabkan dia tidak mengetahui langsung mengenai kes perceraian Azri.

Sehinggalah pada 29 Mei lalu ketika beliau perlu berjumpa dan berbincang berkenaan watak yang perlu dibawakan dan isu skrip.

“Perbincangan kami juga langsung tidak menyentuh tentang hal-hal peribadi. Celah mana pula, saya ini jadi orang ketiga?,” jelasnya.

Terdahulu, kemelut yang melanda rumah tangga pelakon Azri Iskandar dan Ellie Suriaty mendapat liputan media selepas kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai setelah 19 tahun mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN:Azri Iskandar Nafi Curang, Mohon Ellie Suriaty Jangan Calarkan Imej Bakal Isteri – “Azra Bukan Punca Kami Bercerai”

ARTIKEL BERKAITAN: Azri Iskandar Rancang Nikah Bulan Ini, Kenal Bakal Isteri Selepas 12 Hari Cerai – “Saya Nak Move On & Tak Nak Buang Masa..”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Terkejut, Saya Tahu Isi Hati Dia Ada Pada..” – Ini Respons Ellie Suriaty Mengenai Cinta Baru Azri Iskandar

ARTIKEL BERKAITAN:“My Love, My Life & My…” – OMG, Romantiknya! Bakal Isteri Beri Ucapan Sweet Sempena Birthday Azri Iskandar

ARTIKEL BERKAITAN:Afiqah Ishak Dedah Dirinya Bukan Punca Perceraian Ellie Suriaty & Azri Iskandar

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Sep 2018
Hiburan Mon, 10 Mar 2025
Hiburan Tue, 7 Nov 2017

KAHWINI ERRA TAHUN DEPAN, MUKTAMAD! – SHAHIR

Beberapa hari lepas kita sering melihat turun naiknya “headline” mengenai gosip peserta AF Megastar , Shahir Zawawi. Mengulas lanjut kenyataan berhubung gosip adakah pramugari yang dikenali sebagai Mona itu adalah kekasihnya?

Featured Mon, 30 May 2022
Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Tiada Niat Sorok Majlis…

Selamat Pengantin Baru, Ali!

Trending Thu, 15 Feb 2018

ANAK MERAUNG DUDUK DALAM CAR SEAT? BACA INI…

“ Korang yang ada anak buah ke anak so whatever, letak dorang dalam car seat. Nanti jadi macam my nephew sebab emergency break je,” tulis Farah.

Featured Wed, 3 Sep 2025
Trending Wed, 24 Oct 2018

Bayar Kompaun Atau Di Bawa Ke Mahkamah

Bayar Kompaun Atau Di Bawa Ke Mahkamah, Majlis Perbandaran Kuantan Beri Amaran

error: Content is protected !!