Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 19, 2019 @ 8:00am

Tiada Niat Sorok Majlis…

Mengakui dirinya seorang yang santai, vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah diraikan dalam sebuah majlis perkahwinan secara sederhana, baru-baru ini.

Menurut Ali yang sah bergelar suami kepada Natasha Nurain Mohd Azman pada 9 Ogos lalu, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya daripada peminat.

“Ini permintaan keluarga kedua-dua belah pihak, isteri juga menginginkan majlis perkahwinan seperti orang biasa. Sama juga saya yang selalu meletakkan diri seperti insan biasa.

“Saya tidak mahu majlis yang diadakan terlalu gah. Lagipun saya seorang yang santai dan tidak suka berlebih-lebih,” katanya kepada Harian Metro. 

Dengan sekali lafaz, Ali sah bergelar suami dalam majlis yang dihadiri 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan teman rapat.

Pada majlis pernikahan itu, Ali menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh manakala mas kahwin sebanyak satu dinar.

Sementara itu, Ali memaklumkan isterinya kini bekerja di Singapura dan menetap di Johor Bahru. 

“Saya dalam perancangan untuk membawa isteri tinggal bersama di Kuala Lumpur pada bulan Oktober ini. Mungkin dia akan bekerja di sini supaya kami tidak perlu tinggal berjauhan lagi.

“Cukuplah tempoh perkenalan selama tiga tahun sebelum ini kami terpaksa bercinta jarak jauh,” katanya yang memilih Pulau Pinang sebagai destinasi berbulan madu minggu depan.

Mengulas detik perkenalan mereka hingga membawa ke jinjang pelamin, Ali berkata, dia mengenali Natasha ketika membuat persembahan untuk sebuah acara di Johor tiga tahun lalu.

“Natasha hadir ditemani rakan, tetapi entah kenapa, dalam ramai-ramai yang hadir mata saya boleh tertumpu kepadanya.

“Nak dijadikan cerita lagi, ketika dia memuat naik gambar kami di Instagram dan ‘tag’ akaun Masdo, saya pula adalah admin Instagram itu. Jadi dari situ bermulalah perkenalan kami,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Oct 2018
Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Diana Danielle, Shalma Eliana, Athalia, Simon Webbe & Asyraf Nasir Bersatu Dalam We Live To Give

Diana Danielle, Shalma Eliana, Athalia, Simon Webbe dan Asyraf Nasir muncul dalam sebuah lagu berjudul We Live To Give (Kita Hidup Untuk Memberi). Dilancarkan oleh Universal Music Malaysia, lagu ini muncul sebagai karya yang memberi […]

Featured Tue, 11 Jun 2024
Hiburan Tue, 22 Jul 2025

Penyanyi Nasyid Popular Didakwa Curang Sejak Tahun Lalu, Isteri Reda Bermadu?

Penyanyi Nasyid Popular Didakwa Curang, Isteri Reda Bermadu

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Dia Fadila Terima Ijazah Sarjana Muda Muzik

Empat tahun berhempas-pulas bergelar pelajar, isteri dan ibu, akhirnya segala pengorbanan Dia membuahkan hasil. Alhamdulillah & tahniah Dia Fadila!

error: Content is protected !!