Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 3, 2025 @ 8:56pm

XTRA XSTAR 2025: Zahra Tampil Dengan Single Pertama ‘Janjiku Padamu’, Dedah Makna Mendalam & Cabaran Bergelar Artis Rakaman

Bintang baharu di bawah naungan Alternate Records & Talents, Zahra, yang juga juara pencarian bakat nyanyian digital XTRA XSTAR, kini muncul dengan single sulung berjudul, ‘Janjiku Padamu’.

Menariknya, karya bergenre pop modern ballad ini dihasilkan oleh barisan nama hebat iaitu Amsyar Sabri, Emeer Bakri dan Anwar Amzah selaku komposer serta penulis lirik.

Menggabungkan elemen balada moden dengan sentuhan klasik, lagu ini mengetengahkan kisah pasangan kekasih yang sudah berpisah namun masih menyimpan harapan untuk kembali bersama dengan janji yang lebih ikhlas dan tulus.

Berkongsi pengalamannya bergelar artis rakaman, Zahra mengakui single pertamanya ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibawakan.

“Apabila dipilih untuk masuk ke keluarga Alternate pun saya dah rasa sangat gembira, apatah lagi diberi peluang menyanyikan lagu terbitan mereka.

“Lagu ini mencabar sebab ini first baby saya. Sebelum ni saya cuma nyanyi lagu cover je, jadi bila diberi tanggungjawab ni, saya kena faham lagu ni dari semua sudut termasuklah lirik, melodi hinggalah ke arrangement lagu,” katanya.

Tambahnya, rakaman lagu ini dijalankan dalam dua sesi dan mengambil masa empat hingga ke lima jam.

Dalam pada itu, Zahra turut memuji kolaborasi bersama komposer yang menurutnya sangat berbakat.

Lagu galau ala seberang

Menurut Zahra, Janjiku Padamu mempunyai vibes galau ala seberang sesuai untuk mereka yang gemarkan lagu-lagu dan bait lirik yang mendalam.

“Lagu ni tentang pasangan yang dah putus dan nak get back semula. Jadi kalau anda pernah melalui situasi macam ni, boleh relate dengan lagu saya,” ujarnya.

Dari Busking Ke Studio Rakaman

Minat menyanyi sejak zaman peraekolahan membawa Zahra ke dunia busking, seterusnya membuat persembahan di majlis korporat, perkahwinan, kafe dan hotel.

Perjalanan itu membuka jalan untuknya menyertai XTRA XSTAR 2024 sekali gus bergelar juara dan kini penyanyi rakaman.

Menurut komposer Amsyar Sabri, lagu ini sebenarnya lahir daripada pengalaman peribadi yang diterjemahkan ke dalam naskhah ciptaannya.

“Lagu ini tercetus daripada kisah cinta sebenar.

“Kami sangat gembira bila Alternate menerima lagu ini dan kami curahkan sepenuh keikhlasan dalam pembikinannya,” kongsinya.

Keunikan Muzik & Vokal Zahra

Dari sudut muzik, Janjiku Padamu mengambil masa dua minggu untuk disiapkan dan hanya dua hari untuk rakaman.

Ia menggabungkan elemen modern ballad dengan old classic ballad, ditambah pemilihan instrumen serta sound effect yang unik.

Lebih menarik, vokal Zahra disifatkan sebagai unik dan tidak dimiliki penyanyi tempatan lain.

Juara XTRA XSTAR 2024 ini juga dilihat mampu melontarkan nada tinggi dengan kawalan mantap, selain bijak mengharmonikan vokal utama sehingga menjadikan persembahannya lebih istimewa.

Untuk info, Janjiku Padamu sudah boleh didengarkan di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music dan banyak lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Wed, 4 Dec 2024

Dakwa Jay Iswazir Suami Psiko, Paksa Gugurkan Kandungan… Azzahra Ahmad Dedah 2 Tahun Hidup Derita?

Jay Iswazir didakwa paksa gugur kandungan, Azzahra Ahmad Dedah 2 Tahun Hidup Derita

Hiburan Thu, 26 Mar 2026

Yusof Haslam ‘Risik’ Que Haidar, Fazura Berlakon Filem Di Bawah Arahan Syafiq – “Mereka Gembira, Sedia Berbincang Lanjut”

Mengulas mengenai reaksi Que dan Fazura, Yusof berkata kedua-dua pihak tersebut menunjukkan respons yang positif, namun belum ada persetujuan lanjut. 

Hiburan Mon, 27 Oct 2025

Healing Night 2026: Ella, Anuar Zain, Dayang Satukan Jiwa, Kangen Band & Lyodra Panaskan Aura Nusantara!

Pesta muzik berkonsepkan healing di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026

Featured Thu, 5 Mar 2020

Peragawati ini kekal langsing walaupun sudah beranak tiga

Kurus cara Fadzlun Abas, mudah sahaja

Trending Wed, 17 Apr 2019

Di Mana Nur Hidayah? Kanak-Kanak Umur 8 Tahun Dilaporkan Hilang Tanpa Jejak

Seorang kanak-kanak perempuan dikenali dengan nama Nur Hidayah dilaporkan hilang di kawasan perumahannya di Seremban. 

Hiburan Wed, 25 May 2022

“Saya Malu Tengok Lakonan Sendiri” – Khai Bahar Rasa Tidak Layak Jadi Hero Drama

Khai Bahar merasakan dia tidak layak berlakon watak hero di dalam drama.

Hiburan Sun, 5 Nov 2023

Derita Sakit Dalam Perut, Rupanya Tia Jinbara Hidap Barah Hati

“Saya mahu teruskan hidup” – Tia Jinbara

error: Content is protected !!