Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir May 25, 2022 @ 2:44pm

“Saya Malu Tengok Lakonan Sendiri” – Khai Bahar Rasa Tidak Layak Jadi Hero Drama

Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar, 28, menganggap dirinya masih tidak layak untuk menjadi hero drama kerana masih kurang ilmu dan pengalaman dalam lakonan.

Menurut Khai atau nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin, dia malu menonton lakonannya sendiri kerana masih banyak kekurangan perlu diperbaiki namun dia seronok berlakon.

“Setakat ini, saya baru berlakon tiga drama iaitu Satukan Rasa, Kisah Cinta Rumi dan Shakira. Alhamdulillah, dapat watak hero walaupun saya rasa diri masih tidak layak lagi untuk berlakon watak utama.

“Saya juga malu tengok lakonan sendiri. Ini kerana lakonan saya banyak yang kurang dan kena belajar lagi bagi memperbaiki apa yang dirasakan masih lemah itu. Contohnya, bermain emosi dalam watak,” kata Khai yang pernah mengikuti kelas lakonan dengan pengarah dan pelakon, Zul Huzaimy.

Mengulas tentang bayaran tinggi diterima pelakon, tidak wajar untuk dia meletakkan harga tinggi kerana dia masih kurang pengalaman dan ilmu dalam lakonan.

“Harga saya berpatutan dan sesuai dengan komitmen kerja diberikan. Saya terima tawaran berlakon dengan harga yang sesuai.

“Hingga kini memang saya menerima banyak tawaran berlakon, tapi buat masa sekarang saya tak boleh nak ambil kerana perlu fokus pada muzik dan nyanyian. Saya ingin lunaskan hasrat keluar album tahun ini,” katanya.

Tambah Khai, dia tidak mahu terkejar-kejar ke sana sini sehingga tiada masa rehat kerana jadual kerjanya yang sangat padat.

“Berlakon memerlukan masa yang panjang di lokasi penggambaran dan jadual saya pula sangat padat. Jadi, saya tak nak ambil risiko untuk kerja lakonan itu. Saya tak nak terkejar-kejar bekerja dan akhirnya sendiri yang penat,” katanya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Dec 2021

Kehangatan Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) Semakin Terasa!

Peminat-peminat tegar drama tempatan pastinya berdebar-debar untuk menyaksikan drama mana yang bakal bergelar Drama Popular dan Drama Terbaik pada tahun ini. Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) anjuran TV3 ini, julung kali diadakan dan bakal […]

Kes Mahkamah Tue, 18 Jul 2023
Featured Fri, 25 Apr 2025

“Tak Pernah Habis Dari Saya Kecil Sampai Besar” – Sebak! Nabila Huda Reda Terpisah Dengan Bapa

Pelakon popular, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, gagal menahan sebak selepas diajukan soalan mengenai bapanya yang juga penyanyi rock legenda, Amy Search.

Hiburan Fri, 24 May 2024
Featured Wed, 16 Mar 2022
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Cinta Tanpa Henti Gandingkan Aeril Zafrel dan Elizad Sharifuddin

Aeril Zafrel kini kembali lagi di kaca televisyen dengan drama terbaru beliau iaitu Cinta Tanpa Henti bersama Elizad Sharifuddin.

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

Elfira Loy Belanja RM10,000 Mekap Di LA

Berhabis RM10,000 membeli pelbagai barangan mekap ketika menghadiri acara di Amerika Syarikat

Hiburan Sat, 2 Nov 2019
error: Content is protected !!