Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 30, 2025 @ 12:44am

“Ramai Orang Sangka Tahun Ini Saya Bersinar, Tapi…” – Kamal Adli Mengaku Rezeki Mencurah Tapi Hati Rasa Kosong

Pelakon Kamal Adli, 39, mengakui tahun 2025 menjadi antara tahun paling mencabar buat dirinya, penuh dengan dugaan yang memberi kesan kepada kehidupan peribadi meskipun dikurniakan dengan limpahan rezeki.

Menurut pelakon yang mula menempa nama menerusi drama bersiri Bio-Nik itu, rezeki yang hadir sedikit sebanyak mengurangkan beban, namun tidak mampu mengisi kekosongan yang dirasakan sejak kebelakangan ini.

“Ramai sangka tahun ini adalah masa untuk saya bersinar, tahun depan pun orang kata giliran saya juga. Tapi terus terang, saya rasakan bukan. Tahun ini sebenarnya milik Abang Jamil (Que Haidar). Saya cuma tumpang tuah.

“Syukur tetap syukur, Alhamdulillah. Cuma, tahun ini sangat perit buat saya. Tempoh yang sangat berat. Saya bekerja tanpa henti. Walaupun hidup saya agak bercelaru, Tuhan masih bagi ruang kecil untuk saya rasa gembira.

“Tapi saya tetap perlu bergerak. Duduk bersendirian di rumah buat semuanya jadi lebih mencabar,” katanya kepada XTRA.

@xtra_my Wah, handsome Abang Jamil! Makin murah rezeki Que Haidar, Kamal Adli & Elly Mazlein… Alhamdulillah. Meriahnyaa ramai peminat turun! #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Tambah pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli ini, ada bahagian dalam hidupnya yang tidak sesuai dikongsi kepada umum, namun cukup untuk menjejaskan kestabilan emosinya.

“Memang susah sebab saya seorang. Duduk di rumah pun rasa tak selesa. Kalau tak ada penggambaran, saya rasa saya boleh hilang fokus. Mungkin saya mula conteng dinding atau cuba belajar memasak.

“Ada perkara yang orang luar tak tahu dan saya tak rasa perlu cerita. Memang perit sebenarnya. Walaupun rezeki kerja ada, hati tetap rasa kosong. Ini hal jiwa,” katanya.

Kamal ditemui pada sesi Meet and Greet Jakel Crazy Sale Terpaling Murah bersama duta Jakel 2026 di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Kamal diumumkan sebagai salah seorang duta raya Jakel untuk tahun 2026 bersama Que Haidar dan Elly Mazlein.

Terdahulu, rumah tangga Kamal diuji selepas isterinya, Uqasha Senrose, memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan ini bernikah pada 4 November 2021 dan mempunyai seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Trending Tue, 16 Mar 2021
Featured Thu, 4 Sep 2025

Siti Nurhaliza Bersolidariti, Sertai Gerakan Penghantaran Makanan Buat Rakyat Indonesia 

“Malaysia dengan Indonesia ni seperti adik-beradik. Kalau cubit peha kiri, peha kanan pun terasa juga”. Demikian respons Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung krisis yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Kata Siti atau nama […]

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Jaja Ishak Terbit Lagu Anak Gadis Ina Naim, Terkejut ‘Hati Yang Dikecewa’ Dapat Lebih 500,000 Tontonan Walau Belum Dilancarkan

Rezeki anak gadis Ina Naim pula bergelar penyanyi… Dapat rezeki rakam single terbitan Jaja Ishak!

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

GILIRAN ABAM JADI PENYANYI

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 ini mahu membuktikan dirinya seorang yang versatile. Cayalah Abam!

Featured Fri, 17 Mar 2023
error: Content is protected !!