Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 2, 2025 @ 3:29am

Jaja Ishak Terbit Lagu Anak Gadis Ina Naim, Terkejut ‘Hati Yang Dikecewa’ Dapat Lebih 500,000 Tontonan Walau Belum Dilancarkan

Penerbit drama dan muzik, Jaja Ishak terkejut lagu yang diterbitkan untuk anak gadis Ina Naim, Phyrosh Elfadwah atau Yosh menerima sambutan memberangsangkan biarpun belum menemui peminat secara rasmi.

Menurut Jaja, petikan demo lagu berjudul Hati Yang Dikecewa yang dimuat naik di laman TikTok mendapat lebih 500,000 tontonan dan rata-rata warganet memberi komen positif.

“Lagu Hati Yang Dikecewa dihasilkan secara tak sengaja, kita memang sedang mencari penyanyi untuk lagu ini. Dalam masa yang sama, kita memang sedang menghasilkan lagu Raya, Dentam Dentum Raya untuk anak sulung Ina, Hadie Elfardie. Lagu tersebut dinyanyikan bersama Auddra dan Ammar Haikal.

“Saya berborak dengan Ina, siapa penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan lagu Hati Yang Dikecewa ini? Secara tiba-tiba, saya terus tawarkan peluang menyanyi untuk anak gadis Ina, Yosh.

@jajaishak Apabila menulis dari hati yang tulus, sepenuh jiwa akan rasa ❤️🥹 produce > #jajaishakchannel by #jicgroup ♬ original sound – Jaja Ishak

“Proses penghasilan mengambil masa seminggu. Saya tak sangka, lagu itu viral walaupun saya hanya kongsikan ‘teaser’ sahaja di TikTok. Sekarang ia sudah melebihi 500,000 tontonan.

“Saya sangat terkejut kerana tak sangka lagu itu mendapat banyak penerimaan positif. Saya berkongsi di TikTok hanya sekadar versi demo, tetapi maklum balas sangat baik. Tak sangka ia menjadi viral,” katanya.

@jajaishak

Stay Tuned Guys ❤️❤️❤️

♬ original sound – Jaja Ishak

Mengulas mengenai kerjasama bersama anak-anak arwah Suhaimi Saad dan Ina Naim, Jaja menjelaskan dia senang berkolaborasi dengan mereka yang mudah memberikan komitmen.

“Seperti sebelum ini, saya memang fleksibel berkerja dengan sesiapa yang kita rasakan selesa. Kebetulan, pada waktu itu Ina banyak bersama dengan saya. Sejujurnya, mudah untuk bekerjasama dengan Ina dan anak-anak kerana mereka senang memberikan komitmen.

“Selepas kita lamar Hadie untuk lagu Raya, mungkin rezeki Yosh yang tidak disangka-sangka datang pula. Kita buat pelaburan untuk hasilkan lagu Yosh. Walau belum menemui peminat, tak sangka ia sudah tular dalam kalangan warganet.

“Ikutkan saya mahu melamar Hadie dahulu, tetapi rezeki pula berpihak kepada Yosh apabila lagu dia yang menemui peminat terlebih dahulu. Alhamdulillah, ini rezeki anak-anak Ina dan saya berharap orang ramai dapat menerima lagu ini,” katanya lagi.

Hati Yang Dikecewa nyanyian Phyrosh Elfadwah atau Yosh terbitan Jaja Ishak Channel bakal menemui peminat pada 5 Disember ini disemua platform penstriman digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Jan 2020

Isteri Sudah Tawar Hati, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad…

Semoga dapat diselesaikan secara baik…

Hiburan Wed, 10 Jul 2019
Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Tak Jadi Saman, Pak Ya Maafkan Lan Pet Pet

Saya bukannya pendendam. Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka…

Trending Wed, 7 Aug 2019
Trending Tue, 1 Oct 2019

Ganjaran RM30,000 Untuk Buru Pembunuh Gajah Yang Mati Ditembak

Gajah ini sengaja dibunuh, kesiannya. Jom sama-sama cari pembunuh

Trending Wed, 9 Oct 2019

Neeta and Hanbyul Hugging Made Netizens Uncomfortable

Netizens got weird out by Neeta and Hanbyul hugging, but didn’t bat an eye when Muslim actors and actresses do so in dramas.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Thu, 2 Feb 2023

Tangan Bergetar, Remy Ishak Akui Gugup Jumpa Orang Ramai – “Keadaan Saya Masih Tak Baik, Susah Untuk Jadi Lebih Kreatif…”

Min faham apa yang Remy lalui itu 😢 Semoga semuanya baik baik saja buat hero jejaka Malaya kita nii 💪🏻

error: Content is protected !!