Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 2, 2023 @ 5:44pm

Tangan Bergetar, Remy Ishak Akui Gugup Jumpa Orang Ramai – “Keadaan Saya Masih Tak Baik, Susah Untuk Jadi Lebih Kreatif…”

Pelakon, Remy Ishak mengakui berdepan dengan masalah gementar dan gugup untuk berhadapan ramai orang akibat sekian lama tidak menjalankan penggambaran sejak negara ditimpa wabak pandemik COVID-19.

Malah, berdasarkan pemerhatian XTRA, tangan aktor Pujaan Hati Kanda itu dilihat sedikit terketar-ketar saat menjawab persoalan media di malam gala filem terbaru, Harum Malam.

Disoal mengenai keadaan dirinya, Remy berkata dia harus kuat dan lawan perasaan tersebut atas minatnya dalam bidang lakonan.

“Saya sedar terjadi perkara ini semasa pandemik COVID-19 dimana kita tiada event untuk keluar berjumpa dengan orang. Malah pergi shooting pun masih ada rasa itu.

“Keadaan saya sekarang pun masih tak baik, tapi kena hadap dan kuatkan diri juga sebab minat untuk berlakon. Saya tak nafikan memang susah untuk menjadi lebih kreatif, sangat susah dan payah.

“Tapi, saya tak boleh terus kalah kepada keadaan, jadi saya kena lawan. Kalau saya kalah, saya mungkin akan terus hilang,” katanya.

Remy memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui di malam gala filem seram Harum Malam di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Isnin.

Menceritakan pengalaman pertama kali bekerja dibawah arahan pengarah berkaliber Dain Said, Remy meluahkan rasa teruja atas peluang tersebut dan berbangga akhirnya dapat merealisasikan impiannya itu.

“Watak saya dalam filem ini sangat agresif dimana saya tak pernah buat lagi dalam mana-mana filem atau drama. Saya menerima tawaran ini juga kerana pengarah hebat Dain Syed, yang amat saya kagumi. Saya memang teringin untuk bekerja dengan dia.

“Imaginasi dia sangat another level, sangat ganas. Bila dia mengarah di set penggambaran, saya teruja tengok dia bercakap.. Untuk mengenali sisi Dain Syed itu amat payah sebab teliti dari segi rasa. Dia tidak mahu kelihatan terlalu lebih, tapi apapun saya bersyukur sebab akhirnya tercapai,” tambahnya.

Filem arahan Dain Syed ini akan mula ditayangkan di 90 buah pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Februari 2023.

Selain Remy, Harum Malam turut dibintangi oleh Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud, dan Faizal Hussien.

Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyiar seperti Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 27 Mar 2020

[VIRAL] Lelaki Jilat Barang ‘Toiletries’ Di Pasaraya Ditangkap Polis

Di saat masyarakat dunia sedang khuatir memikirkan virus Corona yang melanda dunia ketika ini, seorang lelaki bertindak melakukan perbuatan jijik dengan menjilat barangan peribadi (toiletries) di sebuah pasaraya di Missouri beberapa hari yang lalu.  Walaubagaimanapun […]

Trending Wed, 27 Mar 2019
Featured Mon, 3 Oct 2022
Events Thu, 16 Aug 2018

2018 Asian Games Torch Lights Up Jakarta Stop

The ceremony was very bright and colourful too.

Featured Sat, 15 Dec 2018

Lihat 12 Watak Kartun Haiwan Popular Apabila Dibandingkan Dengan Haiwan Yang Sebenar

Ada yang sama, ada juga yang pelukis dah “ubah suai” rupanya.

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Dwayne Johnson And Lauren Hashian Welcome Second Daughter into the Family!

There’s another little rock in the family now.

Featured Mon, 4 Jul 2022

Mahkamah Perintahkan Ira Kaza Tidak Ganggu Puteri Sarah, Perlu Masuk Pembelaan Dalam Masa Sebulan

Nasi sudah jadi bubur 🥲 Moga semua yang terjadi ini dapat beri peringatan kepada semua di luar sana 😊

Hiburan Thu, 10 Apr 2025
error: Content is protected !!