Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 4, 2024 @ 5:50pm

Dakwa Jay Iswazir Suami Psiko, Paksa Gugurkan Kandungan… Azzahra Ahmad Dedah 2 Tahun Hidup Derita?

Pelakon Azzahra Ahmad mendakwa kisah rumah tangganya bersama Jay Iswazir penuh dengan penderitaan sepanjang dua tahun bergelar isteri aktor itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azzahra medakwa ketika di awal usia perkahwinan mereka, dia sudah teruk dipukul dan dimaki hamun oleh suaminya itu.

“Allah memang nak tunjukkan siapa kau sebenar, Ahmad Iswazir. Elok-elok aib kau terjaga tapi kali ini aku tak mampu nak simpan lagi atas penipuan kau menjahanamkan hidup orang.

“Cukuplah jahanamkan hidup aku dan perempuan-perempuan lain sebelum aku. Baru dua tahun lebih berkahwin dah nak berpisah tapi rasanya sanggup ke wahai wanita andai baru tiga bulan berkahwin dah kena maki hamun, kena belasah dengan suami?

“Zahnita mungkin kuat dapat bertahan 20 tahun tapi cukup 2 tahun lebih aku dengan kau, Ahmad Iswazir,” dakwanya yang tampil berani bersuara selepas kes keganasan rumah tangga dilalui model, Zahnita Wilson menjadi sebutan ramai.

Lebih parah, Azzahra turut mendakwa bekas suaminya seakan tiada hati perut memaksa isterinya mengugurkan kandungan.

“Ada ke suami tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri? Jantan tak guna macam kau saja yang sanggup perlakukan isteri macam tu. Sepatutnya dah lama kau kena berkas tapi sebab aku ada ihsan lagi nak jaga nama kau, takut periuk nasi kau tertutup aku tak buat laporan polis atas Jay.

“Terima kasih banyak-banyak atas apa yang kau dah buat pada aku dan anak yang kau BUNUH. Hidup aku hancur sebab kau, aku depress, hampir nak gila, hampir nak bunuh diri sebab aku jadi isteri kau,” dakwanya.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan mStar, Azzahra mendakwa dia disahkan hamil ketika mereka dalam proses bercerai sekitar September lalu, namun begitu Jay memaksanya menggugurkan kandungan atas alasan tiada kemampuan membesarkan anak.

Trauma atas penderitaan itu, Azzahra turut mendakwa Jay seorang suami yang psiko dan baran serta dilabel sebagai narsis, selain turut tidak memberikan nafkah isteri sepanjang bergelar isteri.

“Karakter lakonan kau tu adalah diri kau sebenar yang aku sebagai isteri kena hadap. Depan kawan-kawan kau potreykan diri kau seorang yang kelakar, happy go lucky tapi yang menghadap baran, psiko kau kat rumah adalah aku.

“Apa yang aku buat selama ni tak pernah cukup untuk manusia narsistik macam dia. Nafkah aku selam jadi isteri pun aku tak pernah berkira. Kadang kau bagi, kadang tak sebab aku faham kau tak ada tawaran kerja.

“Aku tak pernah minta duit kau pun selama ni tapi perangai tu bagi elok, janganlah jadi gila tak bertempat kau nak hayun bini, maki hamun segala,” dakwanya.

Dalam pada itu, Azzahra meminta wanita di luar sana untuk berhati-hati agar tidak terjatuh kepada permainan Jay.

“Sekarang ini dikala aku masih dalam idah pun kau masih ada hati nak cari mangsa baru. Tolonglah perempuan yang berkenaan atau sewaktu dengannya, janganlah tertipu dengan lakonan dia kalau tak nak hidup korang hancur,” dakwanya lagi.

Sekadar info, Azzahra dan Jay berkahwin pada Mac 2022 namun mereka disahkan berpisah pada 28 Oktober lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Tahniah, Isma Selamat Bergelar Isteri!

Isma menerusi Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit.

Featured Mon, 4 Oct 2021

Rentas Negeri Dikhabarkan Bermula Jumaat Ini, Kadar Vaksinasi Dijangka Capai 90 Peratus

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabru baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai kebenaran rentas negeri yang bakal bermula tidak lama lagi. Justeru, terdapat pelbagai pandangan mengenai kebenaran tersebut khususnya dalam kalangan pakar virologi dan epideomologi Menurut […]

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Trending Fri, 30 Aug 2019
Hiburan Wed, 31 Jul 2024
Trending Sat, 2 Mar 2019

Cuaca Panas Dianggar Meningkat Lagi, Orang Ramai Perlu Waspada

fenomena El Nino yang dijangka berlaku pada Mei nanti agak lemah dan tidak memberi impak yang signifikan kepada cuaca di negara ketika ini.

Hiburan Thu, 6 Mar 2025

Penyanyi ‘Bea Sobar Bea’ & Empat Rakan Bebas Tuduhan Miliki D*dah, Namun Berdepan Penahanan Sebulan Lagi

Peguam tertuduh, Sufian Abdul Aziz, memaklumkan bahawa pendakwaan mempunyai tempoh sebulan untuk mengemukakan rayuan

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

陈洁灵、叶丽仪、玛利亚与您欢度2019新年除夕夜

香港三位天后级歌手,叶丽仪、陈洁灵和肥妈玛俐亚再次重登云顶云星剧场的大舞台并与大家一起共度农历新年。

Hiburan Thu, 6 Feb 2025

[VIDEO] IG Story Jefri Nichol Curi Perhatian, Didakwa Pegang Botol Minuman Alkohol?

Jefri Nichol kongsi boomerang pegang botol minuman keras

error: Content is protected !!