Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin December 27, 2017 @ 7:57am

SAYA TIDAK AKAN TOLAK JODOH – KILAFAIRY

 

Siapa yang tidak kenal dengan Kilafairy yang di label sebagai simbol seks dan antara artis wanita paling seksi di Malaysia. Namun, bila bercakap soal jodoh Kila tidak akan menolak sekiranya jodohnya itu sampai cepat. Kila juga mendedahkan ibunya yang juga penyanyi tahun 80-an, Rohana Jalil tidak pernah bertanyakan mengenai soal jodoh kepadanya.

“Ibu saya tidak pernah menyoal saya mengenai jodoh atau teman lelaki. Dia pernah katakan, kalau boleh dia mahu saya bekerja dahulu dan berkahwin pada usia 30 tahun.

“Lain pula dengan ayah saya, dia ada bertanya mengenai soal peribadi, adakah hati saya sudah dimiliki dan sebagainya. Sejujurnya, kini saya masih solo dan selesa berkawan dengan semua orang.

“Saya tidak pernah menolak jodoh. Kalau ditakdirkan saya kahwin awal kerana jodoh datang cepat, saya akan umumkan berita bahagia itu kelak”

Namun, apa yang penting bagi Kilafairy sekarang ini ialah, fokus terhadap kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi. Memandangkan single terbaru Kila berjudul “Put The World In” bakal muncul pada 12 Januari 2018. 

“Ketika masih solo ini saya mengambil peluang untuk bekerja dan mencari rezeki dengan gigih. Kini, saya mahu memberikan fokus kepada single saya yang berjudul Put The Word In, kolaborasi bersama Sean Kingston.

Kilafairy juga berharap agar single nya ini mendapat tempat dihati peminat muzik tempatan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Jun 2025
Featured Wed, 3 May 2023
Featured Fri, 13 Jan 2023

[VIDEO] “Bukan Kembar Kali Ini, Maybe Next One” – Dr Sheikh Muszaphar Tidak Sabar Menanti Jantina Anak Ke-7

Terhibur min 🤣 Next time eh? Bolehh moga dipermudahkan segala urusan untuk dapat anak kembar lagi 🫶🏻

Featured Mon, 20 Dec 2021

“Wedding Of The Year” – Batal Majlis Resepsi Kahwin, Pengantin Beri Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir

Majlis resepsi perkahwinan Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, dan Nur Asyiqin Md Hamdan, 25, sepatutnya berlangsung pada 19 Disember terpaksa dibatalkan kerana bencana banjir. Namun, pasangan ini menukarkan kejadian buruk itu kepada sebuah memori yang […]

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Charissa Ong: From Heartbreak to Writing and Success

Charissa had always loved writing but never expected to make a career out of it.

Hiburan Wed, 8 Oct 2025
Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Penampilan Anak Black Curi Tumpuan

Wow! Mantap betul persembahan dua beranak ni kan?

error: Content is protected !!