Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 4, 2025 @ 1:42pm

[VIDEO] Mengaku Gila Perhatian, Kasih Iris Leona Anggap Kritikan Netizen Tak Memberi Kesan – “Dulu Rasa Satu Malaysia Benci Saya…”

Pempengaruh terkenal, Kasih Iris Leona tidak menafikan dirinya ‘gila’ perhatian sama ada baik mahupun buruk.

Menerusi sebuah podcast yang dikendalikan oleh Asyraf Khalid, Leona berkata dia amat sukakan menjadi pusat perhatian orang ramai.

“Ye saya gila perhatian, saya tak akan menafikan perkara itu. Walaupun tak depan kamera, bila keluar makan malam, saya teringat masa pergi trip kerja dulu. Setiap restoran yang kami pergi, saya mesti cakap, “Boleh tak beritahu mereka ini hari jadi saya?”

“Saya jenis yang tak segan langsung, kalau boleh, saya nak naik ke tengah pentas dan jadi tumpuan. Baik atau buruk, saya suka perhatian,” katanya.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon senior Azhar Sulaiman juga mengakui dia sedikit pun tidak terkesan dengan kritikan netizen akibat setelah tindakannya yang menjadi tumpuan buruk segelintir pihak.

“Sebenarnya, perhatian yang buruk tak memberi kesan kepada saya pun. Sejujurnya, semua perhatian akan memberi ganjaran dalam cara sendiri. Perhatian yang negatif lama-kelamaan akan menyepi.

“Bagi saya, mindset tu penting. Ramai je orang tak suka saya. Dulu rasa macam satu Malaysia benci saya. Tapi saya fikir, selagi kita fokus pada orang yang baik, itu yang paling penting. Kalau asyik fikir benda negatif, hidup jadi muram je.

“Jadi saya pilih untuk abaikan semua tu, komen negatif pun saya tak baca. Mungkin sebab tu saya rasa saya happy-go-lucky, sebab saya sendiri yang tentukan macam mana saya nak hidup,” katanya.

@apaceritapodcast

We love a positive queen 👑 #ApaCeritaThrowback to one of our viral episodes featuring Kasih Iris Leona ! Leona said it best—whether it’s good or bad attention, stay focused on the positives. Good attention will benefit you, and the bad will eventually disappear. Catch the full episode now on YouTube and Spotify—only on Apa Cerita Podcast! #leona #kasihirisleona

♬ original sound – apaceritapodcast – apaceritapodcast

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Apr 2025
Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Ezatty Abdullah Kerja Keras!

Bagi pelakon cantik manis ini, beliau turut mengakui sambutan daripada orang Johor sempena Festival Anggun Life yang diadakan baru-baru ini betul-betul mengkagumkan

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Wan Sharmila Berserah…

Alhamdulillah…semoga terus istiqamah!

Hiburan Thu, 28 May 2026

Pernah Diuji Hingga Dihalau, Dibaling Makanan… Ozlynn Syukur Rumah Tangga Masih Utuh

Ozlynn bersyukur kerana dia dan Johan sentiasa berdepan setiap ujian bersama-sama sepanjang melayari alam rumah tangga.

Trending Tue, 26 Mar 2019
Hiburan Fri, 24 Nov 2023
Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Trending Fri, 16 Jul 2021

Agents’ Arena – Siri Permainan Digital Interaktif Terbaru Dari Dunia Ejen Ali

Mencari aplikasi permainan mudah alih yang lebih interaktif untuk menemani anda sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Terkini, siri popular animasi Ejen Ali The Movie telah melancarkan sebuah permainan mudah alih yang terbaru. Aplikasi permainan maya […]

Trending Wed, 23 Jan 2019

只要2张色纸!手作财神爷完整教学

财神到!财神到!财神到你家的大门口~

error: Content is protected !!