Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin September 25, 2018 @ 3:00pm

Ini Resepi Mudah Nak Buat Minuman Detoks Yang Baik Untuk Kesihatan

Tahukah anda bahawa lebihan toksin dalam badan adalah pembawa penyakit kepada badan kita? Tidak kiralah penyakit biasa mahupun penyakit kronik, toksin yang berlebihan memang tidak bagus untuk kesihatan.

Jadi, kita perlu membuang toksin ini dengan melalui satu proses yang dipanggil sebagai detoks. Proses detoks ini adalah dengan cara kita meninggalkan segala tabiat memakan makanan yang tercemar dengan bahan kimia. 

Untuk pengetahuan anda, detoks boleh diamalkan dengan memakan sayur-sayuran hijau yang tidak tercemar dengan bahan kimia seperti sayuran organik dan meminum jus sayuran dan buahan serta meminum air yang berunsurkan alkali saja. 

Tapi, kali ini penulis nak kongsikan kepada anda bagaimana nak membuat minuman detoks dengan gabungan buah-buahan yang bersesuaian. Rasanya juga sedap! 

1. Teh hijau + Daun pudina + Limau nipis

Foto: Joyofkosher.com

Bahan-bahan:

1 uncang teh hijau

Jus limau nipis (1 biji)

2 helai daun pudina

1 gelas air

Caranya:

Campurkan semua bahan ke dalam gelas yang berisi air suam. Kacau dan biarkan seketika untuk pastikan teh hijau tersebut kembang. Seterusnya boleh diminum seperti biasa.

Air detoks ini memang sedap diminum ketika suam ataupun sejuk. Ia dapat membanti proses pembakaran lemak dan melancarkan proses pencernaan.

2. Strawberi + Kiwi + Daun pudina

Foto: Eatingrichly.com

Bahan-bahan:

1 biji kiwi, dihiris

2 biji strawberi, dibelah dua

3 helai daun pudina

1 gelas air

Caranya:

Campurkan semua bahan dan sejukkan seketika di dalam peti sejuk. Air detoks ini sesuai untuk mereka yang mengalami kekurangan darah. Untuk pengetahuan anda, buah strawberi, kiwi dan pudina berfungsi sebagai penyokong gula dalam darah.

3. Timun + Lemon + Limau Nipis

Foto: Mingguan wanita

Bahan-bahan:

Timun

1 biji lemon

1 biji limau nipis

Caranya:

Hiriskan semua bahan dan campurkan dalam jag yang berisi 1 liter air. Sejukkan seketika dalam peti sejuk. Air detoks ini mampu melancarkan penghadaman selain daripada mengawal selera makan anda. Kulit juga kelihatan lebih sihat!

4. Limau nipis + Oren + Lemon

Foto: Eatsamazing.co.uk

Bahan-bahan:

1/2 biji lemon

1/2 biji oren

1/2 biji limau nipis

Caranya:

Hiriskan semua bahan ataupun boleh juga ambil air perahan jus saja. Kemudian, campurkan bahan-bahan tersebut ke dalam gelas yang berisi air. Kacau dan boleh diminum! Amalan minum air detoks ini dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

5. Timun + Lemon + Halia + Daun pudina

Foto: Mesrendesnaturels.com

Bahan-bahan:

1 jag air

Timun, dihiris

1/2 lemon, dihiris

1/2 inci halia, dihiris

7 helai daun pudina

Caranya:

Campurkan semua bahan dalam jag air, kemudian biarkan dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam. Resepi air detoks ini boleh mengempiskan perut anda yang buncit!

6. Halia + Lemon

Foto: Startsat60.com

Bahan-bahan:

1/2 halia

1/2 biji lemon

Caranya:

Campurkan air perahan 1/2 biji lemon dan juga hirisan  halis ke dalam segelas air. Kacau dan boleh diminum. Anda boleh amalkan air detoks ini pada setiap pagi kerana ianya  baik untuk sistem penghadaman dan pencernaan.

7. Nanas + Daun pudina

Foto: Pinterest.com

Bahan-bahan:

1/2 biji nanas, dipotong dadu

Segenggam daun pudina

Caranya:

Campurkan potongan nanas dan daun pudina ke dalam jag yang berisi 1 liter air. Biarkan semalaman dalam peti sejuk agar campuran ini sebati. Kemudian boleh diminum seperti biasa.

Mudah kan semua resipi-resipi minuman detoks ini. Yang penting anda kena rajin untuk selalu sediakan minuman ini. Barulah lemak tepu dan toksin dalam badan dapat disingkirkan!

Sumber: Kaki Sini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 May 2021

“Demi Allah, Kami Tidak Bernikah” – Sijil Nikah Tular, Nora Jawab Dakwaan Kahwini Menteri

Berikutan tular di media sosial penyebaran sijil kahwinnya bersama Tan Sri Anuar Musa, Datuk Nora Ariffin tampil mengulas bahawa berita tersebut adalah palsu dan boleh mengundang fitnah. “Demi Allah, saya dan Annuar tidak bernikah..saya sendiri […]

Featured Tue, 15 May 2018

Adoi! Umur Baru 25 Tahun Tapi Rambut Dah Beruban. Makan 7 Jenis Makanan Ini Untuk Atasinya

Kalau tak nak rambut beruban pada usia muda, anda boleh amalkan makan 7 jenis makanan ini.

Featured Thu, 12 Aug 2021

“Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi Dan Populariti” – Fedtri Yahya

Personaliti TV3 dan pengacara terkenal, Fetdri Yahya tampil menyatakan pandangannya berikutan isu melibatkan seorang selebriti media sosial yang didakwa tidak mempunyai empati dan sensitiviti kerana menggunakan kematian untuk dijadikan content Youtube. Menerusi laman Instagram, Fedtri […]

Featured Thu, 4 Sep 2025
Eat Travel Fri, 16 Nov 2018
Featured Mon, 3 Apr 2023

Kembali Aktif Berlakon, Mira Filzah Sudah Rancang Anak Kedua

Wahh lepas ni Amir dah ada teman main lah

Eat Travel Mon, 27 Apr 2020
error: Content is protected !!