Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2024 @ 4:00pm

“Selagi Janda-Janda Saya Tak Kahwin, Saya Pun Takkan Kahwin”- Datuk Red ‘Standby’ Bekas Isteri Ajak Rujuk

Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dilihat masih menyimpan hasrat untuk kembali rujuk dengan kedua-dua bekas isterinya.

Perkara itu dikongsi Datuk Red menerusi hantaran yang dikongsikan di platform TikTok miliknya baru-baru ini.

Katanya ketika mempromosikan produk makanan jualannya, Datuk Red memaklumkan, dia tidak akan berkahwin selagi bekas isterinya itu tidak berkahwin atau bertemu jodoh.

“Selagi janda saya tak kahwin, selagi itu saya tak kahwin. Maknanya saya dalam mode standby, saya tunggu je ‘offer’ daripada dia orang.

“Tapi kalau mereka dah kahwin..nak buat apa lagi,” katanya.

Dalam hantaran sama, Datuk Red memaklumkan, tujuan dia mahu berkahwin semula kerana mahu mempunyai teman pada masa tua kelak.

“Saya fikir nak kahwin ni bukan apa tuan, hanya untuk sakit pening ketika tua nanti. Takkan saya nak menyusahkan anak-anak saya..takkan saya nak menyusahkan anak dan adik-adik saya. Itu sahaja, nafsu dah tak ada dah, dah tua, ” jelasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet mendoakan agar Datuk Red dan Adira kembali berjodoh memandangkan kedua-duanya sangat baik dan open minded dalam menyelesaikan isu rumah tangga mereka.

“Saya doakan Datuk Red dan Ami disatukan semula. Harap sangat demi anak-anak.

“Datuk rujuklah semula dengan Adira.

“Doa banyak-banyak Datuk. Insyaa-Allah mana tahu hati mereka terbuka.

“Semoga dipermudahkan urusan Datuk Red dan dimurahkan rezeki hendakNya,” komen netizen.

Sekadar info, Datuk Red sah bercerai dengan talak satau dengan penyanyi,  Adira pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Hasil perkahwinan bersama Adira, mereka dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Kris Jenner Surprises Granddaughter Stormi With Her Own Playhouse For Christmas

Literally this is the ‘Best Christmas Gift of All Time’!

Featured Mon, 18 Jun 2018

ALDO Pelengkap Gaya Seisi Keluarga Di Pagi Raya

Lengkapkan gaya raya anda dengan koleksi jenama ALDO yang super elegant dan classy!

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

‘Jangan Ingat Kami Ni Artis, Kami Tak Berhak Nak Bersuara,’ – Fasha Sandha

Saya tau saya buruk. Sebeb tu saya kata, I embrace my flaws. Kalau tak faham, bukak kamus pls. Fahami apa itu erti FLAWS. Ok?

Trending Sun, 29 Nov 2020
Featured Tue, 21 Oct 2025

Kongsi Tarikh Lahir Sama, Da’i Syed Selamat Timang Anak Kedua

Meskioun jantina bayi masih dirahsiakan namun Da’i Syed nekad untuk menyembelih dua ekor kambing.

Kisah Viral Sat, 24 Dec 2022

8 Minggu Bertarung, Juara Dapur Tempur Milik Pasangan Masam Manis

“Gunakan masa untuk melihat, hidung untuk bau dan lidah untuk merasa. Jangan terlalu mengejar masa sampai anda tertinggal apa itu rasa.” Itulah mutiara kata daripada Sheila Rusly untuk membakar semangat para peserta sebelum bermulanya pertandingan […]

Featured Thu, 17 Jun 2021

Fasih Cakap Melayu & Bijak, Duta Amerika Syarikat Ini Curi Tumpuan Ramai

Ketika negara masih dilanda pandemik Covid-19 dan lockdown, negara Amerika Syarikat telah bertindak membantu Malaysia dengan menghulurkan  bantuan tambahan  kesihatan. Menerusi perkongsian video oleh kedutaan Amerika Syarikat di Facebook, Duta Besar A.S ke Malaysia Brian […]

Featured Thu, 19 Jan 2023
Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Josiah Hogan ‘Berkira’ Terima Tawaran?

Kenapa Josiah berkira nak ambil job baru?

error: Content is protected !!