Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Dharnieya Nur Amelsa December 24, 2022 @ 3:54pm

8 Minggu Bertarung, Juara Dapur Tempur Milik Pasangan Masam Manis

“Gunakan masa untuk melihat, hidung untuk bau dan lidah untuk merasa. Jangan terlalu mengejar masa sampai anda tertinggal apa itu rasa.” Itulah mutiara kata daripada Sheila Rusly untuk membakar semangat para peserta sebelum bermulanya pertandingan akhir Dapur Tempur semalam.

Akhirnya kemenangan berpihak kepada pasangan Masam Manis yang dinobatkan sebagai Juara Dapur Tempur! Ini merupakan pertempuran paling berbaloi buat pasangan suami dan isteri iaitu Muiz dan Arieni setelah bertungkus-lumus berhadapan dengan 16 cabaran menu untuk dinilai oleh 3 juri profesional.

Dua pasangan lain yang berjaya mara ke pusingan akhir ialah pasangan kakak dan adik Seketul Rasa (Idziatul Shima Samarudin, 42 & Muhammad Hanis Samarudin 32), yang telah mendapat tempat kedua, dan Pendekar Malaya (Mohd Haizal Ismail, 47 & Irfan Hariz S Miswandi, 20). Bagi pusingan terakhir ini, Michael Ang telah dijemput sebagai juri jemputan bergandingan dengan juri tetap iaitu Sheila Rusly dan Chef Adu Amran.

Selain bergelar juara Dapur Tempur yang dibawakan oleh Panasonic dan NONA ini, Muzi dan Arieni turut membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000, ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun.

Manakala naib juara yang disandang oleh Seketul Rasa pula telah membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.

Walaupun tersingkir di awal pusingan, Pendekar Malaya yang menduduki tempat ketiga turut membawa pulang mesin pembuat roti Panasonic manakala tempat keempat membawa pulang pemerah jus perlahan Panasonic.

Cabaran pertama berkonsep #nonakanharimu, mereka perlu menggunakan kreativiti persembahan juadah, teknik memasak rasa dalam menyediakan masakan yang menggunakan bahan-bahan berasaskan jenama Nona seperti ketupat mini, sup uncang, sos tiram dan kicap lemak manis. Seketul Rasa telah menyediakan menu Daging Kerisik, Pendekar Malaya memberikan nama menu istimewa iaitu Daging Kam Heong Kam Sayang Bersama Ketupat Mini.

Sementara itu, Masam Manis telah mengambil langkah berani dan membawa kelainan apabila menyediakan menu Salmon Teriyaki Terakhir. Hanya pasangan ini yang menggunakan ikan dimana dua pasangan lagi menggunakan daging untuk cabaran pertama.

Untuk cabaran kedua, mereka telah diberi cabaran “nasi kenduri” dan kemenangan berpihak kepada Masam Manis apabila Arieni menyediakan masakan mengikut menu di hari perkahwinan mereka 5 tahun lalu iaitu nasi minyak, rendang, pencuci mulut kek oren serta aiskrim kelapa. Sementara minuman pula mengikut citarasa kegemaran suaminya iaitu jus buah-buahan tembikai dan buah naga.

Dapur Tempur ini telah mula disiarkan selama 8 episod di TV9 sejak 3 November 2022 yang lalu. Kepada yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan pertempuran Dapur Tempur ini, boleh strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 Aug 2020

Rebut Peluang Menangi Realme Dengan Cara Ini…

Menang pelbagai hadiah menarik!

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Featured Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Soal Jodoh, Syazwan Zulkifli Lebih Selesa ‘Low Profile’

Bila ‘Pali’ buka mulut soal jodoh…hehe

Featured Wed, 28 Dec 2022

Kongsi Ilmu & Nasihat, Warganet Beri Penghargaan Kepada Hana Ismail – “Memang Tengah Nangis Ni, Terima Kasih…”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengacara Hana Ismail yang memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada pengikut di laman TikTok miliknya, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Hana memberi semangat kepada mereka yang sedang berada […]

Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Thu, 25 Jun 2026

“Sentuhan & Rasa Seorang Vidi Aldiano Sentiasa Saya Kenang Sampai Bila-Bila” – Isyana Sarasvati

Akuinya, dia sangat mengagumi sisi peribadi Vidi selain menganggap penyanyi itu sebagai seorang yang banyak memberikan inspirasi terhadap dirinya.

error: Content is protected !!