Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 15, 2025 @ 12:14pm

Anak Kongsi Keadaan Terkini, A. Aida Dibenarkan Keluar Hospital – “Alhamdulillah, It’s A Miracle”

Penerbit terkenal, Datuk A Aida akhirnya dibenarkan pulang selepas hampir tiga minggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan sejak 25 September lalu.

Perkhabaran menggembirakan itu dikongsikan sendiri oleh anaknya, Azeva Nastassha, menerusi satu hantaran di Instagram Story, semalam.

“Alhamdulillah, mama dah dibenarkan pulang. Terima kasih atas doa semua. Sekarang dia perlu berehat bersama anak kesayangannya untuk beberapa bulan sebelum kembali berdiri sendiri tanpa bantuan,” tulis Azeva.

Menurutnya lagi, doktor turut melahirkan rasa kagum dengan tahap pemulihan luar biasa yang ditunjukkan penerbit berusia 55 tahun itu.

“Kata doktor, keadaan mama sangat luar biasa. Semuanya berkat doa semua yang tak putus-putus. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Azeva turut memuat naik foto terbaharu A Aida yang duduk di atas kerusi roda ketika dibawa keluar dari hospital.

Terdahulu, A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, dimasukkan ke ICU selepas rebah ketika menjalani sesi fisioterapi pada 25 September lalu.

Beberapa hari kemudian, A Aida kembali sedar dan dipindahkan ke wad biasa untuk pemantauan lanjut.

Malah, pada 23 September lalu pemilik A Aida Production ini baru sahaja menjalani pembedahan lutut.

Kredit foto: NST

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 Jul 2025
Hiburan Wed, 2 Apr 2025
Hiburan Sun, 9 Jun 2024
Trending Sun, 10 Mar 2019

Kereta Api Tergelincir Di Bogor, 17 Cedera

Kereta api itu tergelincir jam 10.15 pagi waktu Indonesia Barat.

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Rai Hari Jadi Tanpa Boyfriend, Selena Gomez Guna ‘Plan B’

Tiru macam Selena…No boyfriend? No problem!

error: Content is protected !!