Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 6, 2023 @ 1:46pm

Kecewa Dituduh Artis ‘Berperangai Syaitan’, Mira Filzah Bidas Individu Mulut Celupar – “Tak Pernah Baling Barang Pada Orang”

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon terkenal Mira Filzah dipetik sebagai selebriti berperangai syaitan selepas beberapa pempengaruh media sosial berkongsi pengalaman mereka bekerja dalam industri hiburan dalam sebuah podcast.

Tidak berdiam diri, aktres drama rantaian Pujaan Hati Kanda ini menepis tuduhan berat itu dan menegasan dia tidak pernah berkelakuan biadab kepada mana-mana pihak sepanjang sedekad dalam industri seni.

“Hampir 10 tahun berlakon, tak pernah saya baling apa-apa barang pun pada orang,” katanya membidas komen seorang netizen di Instagram.

Mira Filzah

Video tular di aplikasi TikTok tersebut memaparkan pempengaruh Sarancak, Nell Hanan dalam sesi podcast bersama Ceddy Ang mendedahkan perwatakan seorang selebriti yang seolah-olah memakai ‘topeng’ menutup perwatakannya sebenar.

Lebih panas, mereka turut mendedahkan selebriti merupakan seorang pelakon itu didakwa pernah melemparkan skrip sewaktu sesi penggambaran berlangsung sehingga dilabel sebagai ‘berperangai syaitan’.

Susulan itu, menerusi ruangan komen bekas penyampai radio Hot FM ini juga menyangkal dakwaan orang ramai yang mendakwa Mira adalah selebriti dimaksudkan mereka itu.

“Siapa yang tuduh Mira Filzah tu bukan ya. Jahat mulut tuduh , Mira tak bersalah ya,” bidasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Oct 2022

Percutian Mewah Jadi Bualan, Ini Respons Nazim Othman

Letups Nazim Othman kalau pegi bercuti

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Fri, 23 Aug 2019
Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Featured Sat, 6 Sep 2025
error: Content is protected !!