Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 6, 2022 @ 12:13pm

Belum Sedia Ditemubual, Noh Salleh Terharu Dengan Sokongan Peminat Di Konsert Havoc Midnight

Selepas sebulan isu perceraian berlaku, vokalis Hujan, Noh Salleh memilih untuk tidak bersemuka dengan pihak media dan mengasingkan diri ketika Konsert Havoc Midnight diadakan di Dataran Karnival Shah Alam, Ahad lalu.

Menurut penganjur konsert Faizul Mohd Yusof, penyanyi itu belum bersedia untuk mengadakan sesi temubual bersama wartawan seperti yang dimaklumkan oleh pengurusnya.

Memetik laporan Berita Harian, penyanyi itu terus kebelakang pentas dan pulang sambil diiringi tiga lelaki seperti pengawal peribadinya sejurus segmen persembahan selesai.

Malah, Noh juga duduk berasingan dengan barisan artis lain sepanjang konsert tersebut dijalankan.

Ketika sesi persembahan, Noh tampil  menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Aku Skandal, Kotak Hati dan Dugaannya serta lagu solonya, Bunga Di Telinga dan Angin Kencang.

Noh juga sempat menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh peminat yang hadir ke konsert itu.

“Saya ingatkan tak ramai orang datang ke konsert disebabkan cuaca panas, tetapi anda semua membuktikan terbaik dengan menyokong persembahan kami.

“Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyanyi bersama. Ini juga antara proses untuk saya berpijak pada dunia nyata, di mana adakah saya berani mengadakan persembahan seorang diri tanpa kumpulan hujan.

“Nyata, anda semua memberi semangat kepada saya. Terima kasih,” katanya.

Selain itu, Noh juga sempat meminta maaf atas segala keterlanjurannya sepanjang beraksi di atas pentas.

“Saya meminta maaf atas kekasaran saya atas pentas. Saya tak sangka persembahan malam ini akan jadi gila seperti ini.

“Saya akan bawa pulang memori indah ini,” katanya.

Selain Noh, konsert tersebut turut menyaksikan persembahan daripada Floor 88, K-Clique, Kugiran Masdo, Zynakal dan Yonnyboi.

Konsert Havoc Midnight seterusnya akan diadakan di Johor Bahru sempena sambutan Tahun Baharu dengan menampilkan K-Clique, Kugiran Masdo, Bunkface, Naim Daniel dan Akim & The Majistret, pada 30 Disember dan 1 Januari 2023.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Jan 2019

Pelakon Sherry Ibrahim berang dituduh buat pembedahan kosmetik

Minta netizen hentikan fitnah terhadapnya!

Trending Thu, 21 Nov 2019

Kereta Terbang Tak Dibenarkan Terbang, Betul Ke?

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) belum lagi memberi kebenaran jadi macam mana?

Selebriti Sun, 16 Jul 2023
Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Jom Dapatkan Set Borderless Alha Alfa Istimewa Sempena ABPBH 32!

Nombor telefon sebenar untuk dihubungi bagi pembelian dan maklumat produk adalah 011 1036711

error: Content is protected !!