Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 1, 2022 @ 7:55am

“Memang Dapat Inspirasi Daripada Katil” – Busana Serba Putih SFMM36 Dikritik, Ini Penjelasan Pereka Fesyen Aina Abdul

Pereka fesyen Masyadi Mansoor yang menghasilkan busana penyanyi Aina Abdul di Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) mengakui dirinya mendapat inspirasi daripada katil.

Seperti biasa, baju yang digayakan Aina ketika membawakan lagu Sepi mendapat pelbagai reaksi netizen.

Ada yang menyamakan baju rekaan Masyadi dengan bantuan pereka fesyen Shazleen Jalal ini dengan gumpalan awan putih dan ada juga menyamakan busana itu dengan katil serta cadar.

“Memang saya dapat inspirasi busana Aina di SFMM36 daripada katil. Sebelum saya mula mereka pakaian ini, saya berbual dahulu dengan Aina.

“Saya mendapat tahu yang Aina mendapat idea untuk mencipta lagu Sepi sebelum dia tidur dan ketika itu, dia sedang berada di atas katil.

“Katil membawa perlambangan yang sangat besar. Setelah seharian bekerja, katil adalah tempat di mana semua orang mula berfikir mengenai diri sendiri, bukannya orang atau perkara lain.

“Katil juga merupakan tempat orang mula berhubung dengan diri sendiri dan tidak mengendahkan kata-kata negatif,” katanya ketika dihubungi Xtra.

Tambah Masyadi, busana itu juga diilhamkan daripada lirik lagu Sepi.

“Saya turut mendapat inspirasi daripada lirik lagu Sepi itu sendiri yang melambangkan kekuatan dan semangat.

“Semenjak proses mengumpulkan idea sehingga busana ini siap, saya banyak bekerja dan berbincang dengan penata gaya Aina, Abu Shaef Hamza.

“Jadi, long tailored suit bersama long oversize puffer cape serba putih itu melambangkan wanita yang ingin bergerak terus melangkah meninggalkan kisah lamanya,” katanya lagi.

Selain Sepi, Aina juga mempertaruhkan lagu Nafas Cinta, duet bersama Khai Bahar yang bakal dipersembahkan malam ini.

Saksikan bahagian kedua SFMM36 malam ini untuk mengetahui 12 lagu yang bakal melangkah ke Anugerah Juara Lagu 36.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 31 May 2019

#DramaRaya2019 : Masihkah Ada Raya Buatku

Jangan ketinggalan untuk saksikan drama-drama terbaik sepanjang raya ini!

Featured Fri, 17 May 2024
Trending Mon, 11 Mar 2019

大马荣誉头衔你知道几个?原来Dato和Datuk是有区别的!

许多人经常听到Dato和Datuk等的头衔,甚至有很多人还搞不懂,经常会将两者混淆;其实一点都不难分……

Hiburan Sun, 23 Mar 2025

Sempat Beramah Mesra Dengan Pengunjung & Peniaga, Menteri Komunikasi Rasmikan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025

Sudah bermula sejak Khamis, Starvendors yang berterusan selama 80 jam itu dijadualkan berakhir pada Isnin.

Trending Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Tue, 31 Dec 2019

《叶问4:完结篇》上映10天蝉联票房冠军宝座!

2019巨制电影《叶问4:完结篇》冲出中文电影票房纪录,连续10天荣获大马票房冠军再创新纪录!

Featured Wed, 24 May 2023
error: Content is protected !!