Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 20, 2022 @ 10:58pm

[VIDEO] Sheila Rusly Dedah Sering Kongsi 3 Tips Kebahagiaan Rumah Tangga Pada Elisya Sandha -“Jaga Hati, Jaga Perut & Jaga ‘A*u'”

Pengarah, penerbit dan ikon masakan, Sheila Rusly mendedahkan pernah beri tiga tips untuk kekal bahagia dalam perkahwinan kepada menantu kesayangannya, pelakon Elisya Sandha.

Antara tiga tips yang dikongsikan oleh selebriti ini adalah kepentingan menjaga hati suami, jaga perut (memasak) dan menjaga hubungan intim antara suami dan isteri.

Mengulas lebih lanjut, Sheila yang juga merupakan pelakon berkaliber berkata pasangan suami isteri pada zaman sekarang hanya mengutamakan hubungan intim mereka.

“Saya selalu berkongsi tips dengan Elisya. Saya kata kalau nak bahagiakan suami ni sangat senang. Pertama, kena jaga hati dia, kedua jaga perut dia, dan ketiga baru jaga ‘anu’ (hubungan intim suami isteri). Zaman sekarang ‘anu’ dulu, salah! Bila anu dah tak sedap, engko nak cari orang lain. Huh.

“Tiga perkara itu sahaja. Jaga hati dia, jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami. Barulah buat hubungan intim sekali atau dua kali seminggu,” katanya dengan nada tegas namun sempat berseloroh.

Disoal sama ada Elisya rajin memasak, Sheila berkata dia sangat memuji kerajinan adik kepada pelakon Fasha Sandha itu yang tidak henti mencuba menu baharu untuk menambat hati suaminya, Uzair Haqimy.

“Tiap kali bila saya di dapur, dia akan tanya saya masak apa. Dia akan tanya pelbagai soalan tentang resepi yang saya masakkan itu. Kalau dulu masa baru bertunang dia akan catit resepi di buku nota.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

“Sepanjang setahun dia jadi menantu saya jadi bila saya cakap tentang resepi tu dia mudah faham. Bila dia cuba masak, sekali atau dua kali terus jadi,” ujarnya lagi.

Sheila ditemui ketika majlis pelancaran program realiti masakan terbaharu di TV9, Dapur Tempur yang menggalas tugas sebagai juri tetap bersama cef selebriti terkenal, Cef Adu Amran.

Dapur Tempur bakal bersiaran sebanyak 8 episod akan menemui penonton bermula 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Artikel Berkaitan: Disyaki Tinggal Serumah Dengan Kekasih, Yasmin Hani Tampil Bersuara! – “Mereka Terlampau Kolot! Mak Saya Nak Letak Mana?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Trending Mon, 8 Jul 2019

Kes Pelajar UPNM Didera, Diseterika Dan Dibunuh Bakal Diketahui 31 Julai Ini

Keadilan buat Zulfarhan Osman bakal diketahui 31 Julai ini

Trending Thu, 13 Jul 2023

Matin Cemburu Mummy Nyanyi Dengan Dekta… Pandai Ambil Hati Anak, Watie Hanifiah Raih Pujian Netizen!

Usahawan dan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah sekali lagi meraih perhatian peminat selepas memuat naik sebuah video di media sosialnya. Menerusi perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah sedang cuba […]

LIFESTYLE Mon, 18 Jun 2018

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Events Sat, 12 Oct 2024
Trending Thu, 26 Oct 2023

Nabila Huda Bongkar ‘Rahsia’ Ketiak Putih, Netizen Komen: “Tak Geli Ke? Kalau Aku Dah Menggelupur”

Agak-agak rasa apa ek? Lepas ni bela Oyen je lah, takyah buat treatment memutihkan dah🤣🤣🤣🤣🤣

error: Content is protected !!