Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 20, 2022 @ 6:13pm

Disyaki Tinggal Serumah Dengan Kekasih, Yasmin Hani Tampil Bersuara! – “Mereka Terlampau Kolot! Mak Saya Nak Letak Mana?

Baru-baru ini, pasangan kekasih iaitu pengacara, Yasmin Hani dan pelakon Alif Hadi heboh menjadi perbualan ramai selepas mereka didakwa tinggal serumah.

Ia ekoran sebuah video berdurasi 20 saat di TikTok yang memaparkan Alif cuba menutup pintu peti sejuk berulang kali namun, tersekat kerana tidak menyedari bahawa anak lelaki Yasmin iaitu Eissa Elzander berada di tengah pintu sejuk itu.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Video TikTok, Alif Hadi Didakwa Bersekedudukan Dengan Yasmin Hani… Ini Respons Empunya Badan!

Yasmin yang juga merupakan seorang pelakon tampil menjawab gosip liar tersebut dengan menafikan kekasihnya itu tinggal bersamanya.

Menurutnya, Alif kerap datang ke rumahnya untuk makan dan ketika kejadian tersebut, ibu dan adik-beradiknya turut berada di rumah.

“Mak saya nak campak mana? Orang di luar sana tak boleh nak cakap macam tu. Video yang Alif buat ketuk-ketuk peti ais tu dekat rumah saya.

“Dia selalu datang ke rumah saya untuk makan. Sampai pembantu saya kata sunyi kalau Alif tak datang makan kat rumah. ‘Siapa nak habiskan makanan, selalunya Aliff yang habiskan’ kata dia.

“Kita kalau dalam keluarga ada orang macam itu, kita layan biasa kan? Tapi kenapa bila boyfriend atau orang luar datang rumah, kita cakap dia tidur satu rumah. Hubungan awak dengan keluarga dan orang luar, sebenarnya sama saja.

“Kena tahu cara untuk jaga diri sendiri. Misal kata yang mana boleh masuk bilik, mana yang tak boleh masuk. Tahu mana betul, salah. Sama la macam kami juga,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Yasmin berkata dia memilih untuk tidak mengendahkan kecaman segelintir netizen yang dianggap sangat kolot.

“Saya ada ambil video tunjuk mak saya ada di rumah sama namun akhirnya saya batalkan niat untuk share video tu. Saya tak peduli apa yang mereka nak kata.

“Saya tak nak mental anak-anak tertekan bila nampak berita seperti itu, walaupun mereka tahu Tok Mi (Ibu Yasmin), Kak Nor (pembantu rumah) dan abang saya pun ada dirumah bersama. Jadi, saya ambil keputusan untuk membiarkan saja mulut orang.

“Tapi, bila mereka macam tu saya sedih sebab betapa kolotnya manusia sekarang ini. Terlampau kolot. Saya jaga hal saya dan tumpukan diri sendiri untuk berfikir dengan waras.

Tapi bila fikir balik, anak-anak tahu, Tok Mi (panggilan pada nenek) ada, Kak Nor (pembantu rumah) ada. Jadi, saya ambil keputusan untuk membiarkan saja mulut orang,” jelasnya yang ditemui ketika majlis perasmian program realiti masakan terbaharu di TV9, Dapur Tempur sebagai hos tetap.

Program realiti Dapur Tempur ini menampilkan selebriti terkenal Sheila Rusly dan cef selebriti Chef Adu Amran menggalas tugas sebagai juri tetap.

Dapur Tempur bakal bersiaran sebanyak 8 episod akan menemui penonton bermula 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Aug 2018

高片酬时代结束「范冰冰效应」400间影视公司联合抵制

范冰冰爆出「阴阳合约」风波后,近日中国娱乐圈因为片酬、逃漏税的事情闹得沸沸扬扬!继11日中国知名影音平台和影视制作公司等9个单位表明抵制艺人天价片酬后,12日多达400多间影视单位也联合发表声明,规模相当庞大。

Featured Wed, 26 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali ‘Shooting’, Mira Filzah Syukur Anak Tak “Cranky’ – “Good Boy Mama, Suka Senyum!”

Sukanya min tengok senyuman Amir ni! Manis sangat, saling tak tumpah wajah Mira ☺️ Lepas ni jadi pelakon cilik la Amir hihii

Events Thu, 12 Jul 2018

Tuah Anak Yatim Berkunjung Ke Sunway Lagoon!

Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang berpeluang untuk menikmati keseronokan yang mereka tidak pernah rasai dengan anjuran dari pihak Sunway Lagoon…

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Anzalna Nasir Dihadiahkan Kereta Mewah RM600,000

Mungkin hadiah untuk Anzalna yang bakal melahirkan cahaya pertama mereka tidak lama lagi.

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Balqis Mentor Kahwin Usia Muda

Ramainya artis bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini .

Hiburan Mon, 20 May 2019

‘Manusia Lebih Binatang Dari Binatang’- Ernie Zakri Berang Dengan Tindakan Penembak Monyet

Ayuh netizen lakukan kerja anda sekarang, kita cari sampai dapat!

Featured Thu, 17 May 2018

12 Cadangan Hidangan Sahur Yang Sihat, Mudah Dan Bekalkan Tenaga

Tak ada idea nak bersahur dengan apa? Di sini ada beberapa cadangan mudah dan ringkas.

Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Sebak Lawat Awie, Pendakwah Terkenal Mohon Netizen Terus Berdoa

Ustaz Ebit Lew memuji sifat Dato Awie yang dikatakan sebagai seorang yang lembut hatinya. Semoga terus sihat, Insya Allah…

error: Content is protected !!