Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 22, 2024 @ 12:26pm

Diana Danielle Mengaku Terpaksa Pindah Rumah 11 Kali & Hidup Menumpang – “Nak Beli Nasi Lemak RM1 Pun Tak Mampu”

Pelakon popular, Diana Danielle berkongsi fasa sukar dalam hidupnya apabila mengaku pernah hidup dalam kesusahan ketika masih kanak-kanak.

Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, dia pernah datang dari latar belakang yang sangat bawah apabila terpaksa berpindah-randah sebanyak 11 kali, terpaksa menumpang rumah orang, tiada rumah, wang dan makanan.

“Saya datang dari latar belakang yang sangat bawah. Kami pernah tiada rumah dan terpaksa menumpang di rumah keluarga dan kawan-kawan. Ibu pula tidak bekerja selama dua tahun.

“Pernah berlaku kami terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh singkat. Saya cuma bawa beg sandang dan pada ketika itu saya berusia sekitar 10 hingga 12 tahun. Ibu saya pula jatuh sakit dan kehilangan perniagaan.

“Kami memang tak ada duit langsung. Nak beli nasi lemak sebungkus RM1 pun tak mampu. Itulah sebabnya saya mula berlakon dengan lebih serius,” ulasnya.

Perkara itu dikongsi teraju utama filem Imaginur menerusi temu bual podcast, Debonair yang dikendalikan oleh Miss Universe Malaysia 2011, pengacara dan bekas model, Deborah Henry menerusi Youtube rasmi miliknya.

 

Mengulas lanjut, Diana bagaimanapun bersyukur dengan kehidupannya kini.

Malah, dia sedar bahawa mengejar kebendaan sehingga tidak dapat mencapai jangkauan masyarakat adalah punca hidup lebih tertekan.

“Duit cuma duit. Semua nak jadi jutawan. Saya sedar kebendaan cuma kebendaan. Saya menentang itu kerana menjadi gangguan.

“Disebabkan itulah saya rasa orang jadi tertekan kerana tidak dapat mencapai jangkauan yang masyarakat ada terhadap kita,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Jun 2025

PU Riz Tegur Tindakan Individu Beri Komen Tak Sepatutnya Terhadap Kematian Pelajar UPSI, Minta Jangan Mudah Jatuh Hukum

PU Riz tampil memberikan teguran terhadap tindakan seorang pengguna media sosial yang didakwa memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung kematian pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

Trending Mon, 15 Jun 2020
Featured Sun, 7 May 2023
Featured Tue, 9 Jul 2019

10 petanda hubungan anda dengan pasangan semakin renggang

Pastikan anda tidak berada di dalam situasi ini.

Events Mon, 16 Dec 2019

周金亮阿牛阔别多年再合作!鼠年春节嘉年华118引爆

配合2020年马中文化旅游年,两国将于1月18日,在吉隆坡独立广场联手主办《2020马来西亚欢乐春节嘉年华》迎接鼠年的到来。

Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Bekpes Hot FC vs Perlis Old School Team Meriah, Aksi Sengit Berakhir Penentuan Penalti

Perlawanan persahabatan antara Bekpes Hot FC dan Perlis Old School Team berlangsung meriah di Stadium Tuanku Syed Putra, Kompleks Sukan Negeri Perlis!

Featured Wed, 25 Aug 2021
error: Content is protected !!