Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 25, 2019 @ 5:30pm

‘Kalau Cari Lain, Takkan Jumpa Macam Dia’- Aliff Aziz Rindu Bekas Isteri?

“ Bella seorang wanita yang kalau saya cari lain pun selepas ini, pasti takkan jumpa sepertinya,” luah penyanyi Aliff Aziz mengenai bekas isteri, Bella Astillah.

Awal pagi tadi, Aliff tampil dalam temubual telefon ekslusif bersama Geng Pagi Hot, stesen radio Hot FM.

Pelakon drama itu turut mengucapkan terima kasih kepada Bella yang diakui sentiasa ada bersama saat dia melalui fasa jatuh bangun dalam karier seninya.

Dalam pada itu, dia turut sedar sepatutnya menunjukkan perkara yang baik sebagai suami dan bapa.

“Saya manusia yang angkuh, mengambil mudah perasaan dan kebaikan Bella ketika itu

“Saya tahu ramai orang bertepuk tangan dan ada mengatakan saya berhak mendapat balasan ini.

“Apapun, saya sangat berterima kasih dengan Bella kerana sanggup bersama saya selana lima tahun ini.

“Saya juga minta maaf dari hujung rambut sampai kaki pada Bella dan keluarganya di atas segala kesilapan yang sudah saya lakukan,” katanya sebak.

Dia juga akan terus berdoa semoga diberi peluang sekali lagi bersama bekas isterinya itu.

Pada masa ini dia berehat bersama keluarga di Singapura untuk menguatkan diri menerus hidup selain sangat merindui anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean, dua tahun.

Dalam pada itu, Aliff juga menjelaskan kontroversi video perbualan telefonnya yang tular termasuk lukisan tatoo di badan.

“Rakaman video itu bukan aksi lakonan tetapi berbincang dengan seseorang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ketika itu.

“Lukisan tatu pula Aliff adalah inai dibuat rakan saya. Saya hanya jadi mangsa aniaya akibat kesilapan pilih rakan,” katanya tegas.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Nov 2019
Hiburan Sat, 30 May 2026

Sertai Acara Korban Di Pahang, Fizz Fairuz Tersentuh Lihat Orang Ramai Gotong Royong Hidupkan Aidiladha

Datuk Fizz Fairuz tersentuh melihat semangat orang ramai yang bergotong-royong dan saling membantu tanpa mengira latar belakang.

Hiburan Sun, 20 Jul 2025

“Ramai Orang Baik Dalam Dunia Ni” – Fazura Rasa Lebih Dekat Dengan Peminat Sejak Aktif Buat Live

Fazura turut meluahkan rasa bersyukur apabila dapat mengenali ramai orang baik

Hiburan Tue, 26 Dec 2023

Usah Berharap Kepada Anugerah & Populariti, Bell Ngasri Ingatkan Bakat Baharu Agar Utamakan Kualiti Hasil Kerja

“Jangan cuba fikirkan untuk raih anugerah dan dapatkan sesuatu” – Bell Ngasri

Featured Tue, 13 Dec 2022
error: Content is protected !!