Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 28, 2019 @ 1:01pm

Wanns Ahmad Dikatakan Pengikut Illuminati?

“Saya tahu halal haram dan masih berpegang kepada Islam,” dedah pelakon dan penyanyi, Wanns Ahmad yang menimbulkan persoalan netizen selepas sering memuat naik foto serta video dan elemen imej hitam di Instagram sejak sebulan lalu.

Tindakannya itu membuatkan ada netizen beranggapan dia menjadi pengikut gerakan Iluminati susulan foto piramid bermata satu yang cukup sinonim dengan gerakan itu.

Antara kapsyen yang sering dikongsi di laman sosialnya berkaitan seseorang yang akan muncul di akhir zaman.

Rata-rata netizen mendakwa seseorang yang dimaksudkan itu ialah Nabi Isa a.s dan Imam Mahdi.

Malah Wanns juga meninggalkan pelbagai komen ‘misteri’ seperti mengajak orang ramai mengikut jejak langkahnya jika mahu ‘aman’ di laman sosial rakan-rakan artis dan media.

“He will come soon! Lets join us for your peace,” antara kapsyen ringkas yang sering diluahkan.

Bagaimana pun, tindakan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Terus Mencintaimu itu mendapat pelbagai kecaman termasuk beberapa rakan artis yang menyifatkan dia sedang ‘sakit’, malah melabelnya seolah ‘sesat’.

Oleh: Guy Masaki

Kredit Foto: Instagram @wanns.ahmad_official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 14 Dec 2018

马台共制《爱玩客-分开旅行》阿哲生吃活虫!

马台共同制作《爱玩客-分开旅行》旅游行脚节目!大马艺人陈泽耀生吃活虫「先咬了头,之后……」

Selebriti Sat, 31 Jul 2021

Dari Sukan Wushu Ke Dunia Hiburan, Eric Lau Lofstedt Sahut Cabaran Baharu

Jika sebelum ini, nama pemenang empat kali Pingat Emas Wushu Antarabangsa KL, Eric Lau Lofstedt dikenali menerusi penglibatannya dalam dunia sukan, kini dia menyahut cabaran baharu. Jaguh wushu yang terkenal sebagai personaliti media sosial ini […]

Hiburan Tue, 26 Mar 2019
Featured Sun, 6 Nov 2022
Events Wed, 18 Jan 2023
Hiburan Tue, 7 Jan 2025
familuv Thu, 22 Dec 2022

Pandainya! Gelagat Anak Saharul Ridzwan Selawat Curi Tumpuan Ramai

Perkongsian video pelakon Saharul Ridzwan bersama dua anaknya, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra sedang berselawat sambil memegang kompang menarik perhatian. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kepandaian dan kesungguhan Ali dan Fateema yang menghabiskan […]

Hiburan Mon, 19 Sep 2022

‘Hilang’ Kuatkan Semangat Kaka Azraff

Best lagu baru Kaka Azraff!

Hiburan Wed, 24 Sep 2025
error: Content is protected !!