Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom July 23, 2018 @ 2:00pm

Wanita Mesir Pilih Sukan Ekstram Parkour Sebagai Hobi

Sukan ekstrem parkour yang mempamerkan aksi ngeri seperti melompat di tepi bangunan tinggi, dari tembok ke tembok dan memanjat bangunan, sinonim dengan golongan lelaki nampaknya semakin menjadi kegilaan di kalangan wanita Mesir.

Sekumpulan wanita giat menjalankan latihan sukan ekstrem berkenaan, adalah senario yang semakin menjadi kebiasaan di kalangan penduduk Mesir.

Selepas menjalani latihan setiap minggu selama enam bulan berturut-turut, mereka kini berhasrat untuk menubuhkan satu kumpulan profesional bagi sukan ekstrem itu di Mesir.

Mereka kini berhasrat untuk menubuhkan satu kumpulan profesional bagi sukan ekstrem tersebut di Mesir. 

Foto: Reuters

Namun di sebalik kesungguhan kumpulan ini bergiat cergas dalam aktiviti parkour, mereka didakwa melanggar norma kaum wanita di negara itu.

Memetik laporan Reuters, salah seorang pemain yang bergiat aktif dalam sukan itu, Zayneb Helal menjelaskan sudah menjadi kebiasaan apabila masyarakat tempatan tidak menerima keputusan mereka.

“Masyarakat tempatan tidak membenarkan kaum wanita untuk melakukan aktiviti luar, apatah lagi sukan ini,” tambahnya.

“Masyarakat tempatan tidak membenarkan kaum wanita untuk melalukan aktiviti luar, apatah lagi sukan ini,” kata Zayneb Helal.

Foto: Reuters

Namun, menurut jurulatih mereka, kumpulan wanita ini giat berlatih untuk memastikan teknik mereka adalah tepat.

“Saya percaya lebih ramai wanita di negara ini yang akan turut serta dan sudah boleh menerima sukan ini sebagai norma dalam kehidupan mereka,” jelasnya.

Terdahulu, Britain merupakan negara pertama yang mengiktiraf parkour sebagai aktiviti sukan.

Foto: Reuters

Sumber: Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Feb 2019

Elfira Loy, doa kemenangan buat bekas tunangnya, Sufian Suhaimi, dari Makkah. 

Sufian menang Persembahan Terbaik di AJL 33 semalam

Featured Thu, 18 Aug 2022

Didakwa Guna Pengaruh Bapa Mertua, Jovian Akui Terkilan

Jovian terkilan dengan sikap netizen

Selebriti Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Fri, 8 Dec 2023
Featured Mon, 26 Sep 2022
Trending Fri, 2 Aug 2019

Terhempas Dari Tingkat 5 PPR Kerinchi, Ada Yang Cedera

Pintu lif terbuka dan terhempas ke bawah sebelum melangkah keluar !!

error: Content is protected !!