Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari October 31, 2023 @ 2:30pm

Penyanyi Glamor Hutang RM10,000, Man Raja Lawak Minta Lunaskan Sebelum Dedah Identiti – “Korang Nak Tahu Siapa?”

Pelawak Man Raja Lawak mendedahkan seorang artis berhutang dengannya namun enggan membayarnya seperti yang dijanjikan.

Artis tersebut didakwa berhutang dengan dirinya sebanyak RM10,000 dan berjanji untuk melunaskannya pada 22 Oktober lalu namun ingkar.

Menjadi tanda tanya siapa artis tersebut, Man meninggalkan beberapa bayangan menerusi hantaran di Instagramnya.

“Abang cuma nak bagitau kat artis yang kata nak bayar HUTANG abang pada 22HB tu.. jangan sampai abang hilang sabar. Itu jer. Abang dah mudahkan URUSAN ko patut bersyukur.

“Harini kalau takde Transfer 10K abang… dia sendiri suruh up nama haritu… ok abang buat. Korang nak tahu sape? Tunggu.

“Abang pun bukan rapat sangat dengan dia… kami jumpa pun masa show kat UNISEL jer. Tak sangka beb.. perwatakan baik, mesra… perghhhhh lu memang padu ar,” dedahnya.

Kata Man, daripada dia halalkan hutang tersebut pada individu itu lebih baik dia beri sumbangan kepada Palestin.

“Dari abang nak HALAL kan 10K supaya hidup abang tenang. Baik abang bagi kat Tabung Aman Palestine. Abang harap ko tak TENANG sekarang,” katanya.

Man Raja Lawak

Selepas memuat naik hantaran itu, Man memaklumkan bahawa penyanyi tersebut telah membuat bayaran separuh kepadanya dan janji untuk langsaikan semuanya pada malam semalam.

“Update terkini… artis tu dah bayar separuh… malam ini janji lagi separuh. Kalau takde… 12.01 minit abang bagitau siapa penyanyi tu. Korang semua kenal lah dia, glamor kot,” ujarnya lagi.

Walaubagaimanapun, penyanyi tersebut telah membayar penuh hutangnya dan Man berpegang pada janji untuk tidak mendedahkan siapa artis tersebut.

“Abang punya la excited tunggu 12.01 minit nak bagitau korang siapa penyanyi tu… dia dah transfer pulak baru jer tadi. Maaf geng, abang pun kecewa jugak… abang dah nekad, bukan selalu abang buat kerja giler macam ni,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Happy Birthday Hael!

Selamat Hari Jadi Hael!

Selebriti Mon, 29 Apr 2024
Trending Mon, 15 Feb 2021

Orang Awam Kini Boleh Mendaftar Vaksin Covid-19 Menerusi 5 Kaedah Ini

Okay gaisss, dah boleh semak apakah kaedah yang perlu dilakukan…

#tilljannah Sat, 7 Jan 2023

Kongsi Detik Awal Berkenalan Dengan Sari Yanti, Ramai Puji Sikap Jep Sepahtu – “Jarang Jumpa Lelaki Tak Nervous…”

Umum mengetahui, pasangan suami isteri, Jep Sepahtu dan Sari Yanti sering mencuri perhatian ramai dengan momen romantis dan mesra mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di aplikasi TikTok yang memaparkan Jep menceritakan momen-momen di awal […]

Featured Thu, 12 Jun 2025

Jefri Nichol ‘Tolak’ Tawaran Berlakon Adegan Panas Demi Ameera Khan? – “Dia Kata Lebih Bagus Jangan”

Jefri kini tidak mahu terlibat membawakan adegan dewasa bersama pelakon wanita lain di set penggambaran.

Featured Wed, 19 Oct 2022
error: Content is protected !!