Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2024 @ 11:28am

Fattah Amin Kirim Bunga & Kad Ucapan Sempena Ulang Tahun Isteri, Fazura Respons: “Thanks Daddy Fatima”

Walaupun krisis rumah tangga pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin masih panas, namun sempena ulang tahun aktres itu, Fattah kelihatan mengambil kesempatan menghantar sejambak bunga berona merah jambu beserta kad ucapan kepada isterinya.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories, Fazura memuat naik foto hadiah berkenaan beserta ucapan yang titipkan kepadanya.

Menurut Fattah, dia mendoakan agar Fazura sentiasa gembira dan diberikan perlindungan dari Allah SWT beserta kebahagian dunia dan akhirat.

“Mummy, Selamat Hari lahir. Daddy doakan di hari kelahiran Mummy sentiasa happy, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagian dunia dan akhirat selamanya. Daddy,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fazura yang berkongsi foto berkenaan sempat mengucapkan terima kasih di atas hadiah pemberiaan Fattah.

“Thanks daddy Fatima,” balasnya ringkas.

Sebelum ini, Fazura menerusi sebuah hantaran terkini di Instagram seolah-olah memaklumkan, bahawa dia mahu lebih menyayangi dirinya sendiri bersempena usianya yang ke-41 tahun ini.

“Permulaan sebuah janji, untuk lebih menyayangi diri sendiri. 27.09.2024,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

Terdahulu, Fazura mengejutkan ramai pihak apabila memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu iaitu sehari sebelum sambutan ulang tahun kelahiran Fattah.

Artikel Berkaitan:DJ Sonic Wish Birthday Fazura – “Moga Dihapuskan Memori Pahit.. Wanita Ini Hebat, Tetap Jaga Aib & Tutur Kata Supaya Tak Ada Yang Terluka”

Artikel Berkaitan:Muat Naik Video AI, Nur Fazura Rindu Pelukan Arwah Bapa, Netizen Nasihat Minta Pertahankan Rumah Tangga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Nov 2019

A 17-Year-Old Passed Away After Pulling an All-Nighter of Gaming Session

“I want my son’s death to be an example…” the father said.

Trending Fri, 5 Jan 2024

Hamdan Senario Meninggal Dunia

Semoga Allahyarham Hamdan Ramli ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Thu, 12 May 2022
Hiburan Sat, 23 Sep 2023
Featured Tue, 14 Mar 2023

Sharnaaz Ahmad Titip Nota Untuk Hafidz Roshdi – “Cepat Sembuh & Kembali Betulkan…”

Tolonglah jangan mencurah minyak pada api – Sharnaaz Ahmad

Events Fri, 4 Nov 2022

Berang Bahagian Belakang Kereta Hancur Dihimpit Lori, Penyanyi Baharu Qistina Khaled Cari Bukti CCTV

Bahagian belakang kereta milik penyanyi dan pelakon baharu, Qistina Khaled hancur dihimpit lori ketika diletakkan di sebuah kawasan tempat letak kereta. @rusamusic Kesian @Qistina Khaled 😭 #rusamusic #rusamvm #qistinakhaled #keretakenalanggar ♬ Dramatic Music – RinkevichMusic […]

error: Content is protected !!